Archive for August, 2007

Formula Reigns


Arre O’ Samba!


Kerana Ayah

Oleh Siti Norbaizura Rahim

“Intan dah fi kir masakmasak?” soal Helmi. Intan mengangguk. Helmi menggeleng- gelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu, buat apa Intan susah payah belajar tinggi-tinggi untuk mendapatkan ijazah? Lagipun, kerja macam tu kotor.

Bergelumang dengan rumput, cuci najis, gelilah.” “Ain pemegang ijazah Petrokimia, takkan nak kerja jadi penternak. Upah saja orang lain buat kerja tu, senang!” Helmi begitu lantang melemparkan ketidakpuasan hatinya terhadap Intan.

Sedikitpun dia tidak mengendahkan perasaan Intan yang semakin berkecamuk.

Baginya lulusan ijazah seperti Intan tidak sepatutnya kerja sebagai penternak, banyak lagi kerja yang sesuai dengan kelulusan yang diperoleh Intan.

“Apa? Salah ke kerja sebagai penternak ni? Intan tahu memang jauh bidang yang akan Intan ceburi dengan apa yang Intan pelajari.

Rezeki, ajal maut di tangan Tuhan.” Intan membela diri.

“Keluarga Intan bukannya orang senang. Ayah perlukan Intan untuk menyambung kerja ni. Keluarga perlukan Intan bagi menyambung rezeki keluarga. Intan kena bantu keluarga sendiri.” “Habis, Helmi ni siapa? Helmi ni dah tak wujud lagi ke bagi Intan?” bentak Helmi.

“Helmi masih insan yang Intan sayang dan Intan hormati.

Intan mencari rezeki yang halal walaupun terpaksa bergelumang dengan kotor. Kalau semua orang nak kerja bersih, kerja senang, siapa yang akan buat kerja macam tu? Tak akan ada petani, penternak, peladang di dunia ni.” Luah Intan.

“Takkan Intan dah lupa apa yang pernah Intan katakan pada Helmi dulu? Mana Intan campakkan cita-cita Intan?” “Intan tidak pernah lupa.

Mungkin suatu hari nanti, Intan akan gapai apa yang Intan citacitakan walaupun ia mengambil masa yang lama.” Intan merenung dalam mata Helmi.

“Kalau Helmi di tempat Intan, bagaimana? Apa yang akan Helmi lakukan? Mengalah atau melawan?” Intan cuba menduga Helmi.

“Terpulanglah pada Intan! Jika itu keputusan Intan! Jangan menyesal kemudian hari sudah!” Intan meninggalkannya dengan rasa marah.

Intan kecewa dengan sikap yang dipamerkan Helmi namun dia tetap tidak akan mengubah keputusannya. Dan keputusan yang dibuatnya muktamad.

“Intan! Mari sini sekejap! Tolong ayah bagi makan lembu- lembu ni!” “Ya, ayah!” Tangannya pantas mengaut rumput dengan penyodok dan memberi lembulembunya makan.

Intan agak janggal melakukan kerja ini namun dicekalkan hatinya. Kerana ayah, Intan sanggup melakukan apa saja. Intan menyarungkan butnya dan mengatur langkah.

Hari ini ibunya tidak dapat datang awal kerana menguruskan adik-adiknya ke sekolah.

Tepat jam 7 pagi, lembu baka Australia Fresian Sahiwal (AFS) itu memasuki petak untuk makan. Kemudian, Intan menurunkan anak-anak lembu dari kandang berdekatan dan dibawa ke ibu lembu.

Kerja Intan belum berakhir.

Lembu-lembu itu perlu diberi makan sehingga kenyang untuk menghasilkan susu yang banyak.

Ayah masih menunggu bantuan kewangan daripada Jabatan Haiwan untuk membeli mesin memerah susu. Intan kegelian ketika pertama kali diajar ayahnya cara memegang puting susu lembu.

Lapan bulan berlalu. Sepanjang tempoh itu juga, Intan tidak mendengar khabar berita daripada Helmi. Intan cuba menghubunginya tetapi gagal.

Jejaka itu sukar dipujuk. Jika merajuk, rajuknya lama.

Namun Intan reda akan apa yang terjadi. Intan masih ingat bagaimana ayahnya memulakan kerjaya barunya itu. Bermula daripada seorang eksekutif teknikal di sebuah syarikat swasta dan akhirnya menjadi seorang penternak lembu.

Ayah terima tawaran berhenti kerja secara sukarela ketika syarikatnya mengalami kegawatan ekonomi. Dengan pampasan yang diberikan, ayah berusaha menternak lembu tenusu.

Intan ketika itu hanya mampu memberikan sokongan kerana dia sendiri berjuang untuk memiliki segulung ijazah.

Diniey, adik keduanya di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan kejuruteraan awam dan Hafi z adik ketiganya, di asrama penuh manakala Faizi dan Laila masih bersekolah menengah dan rendah.

Selepas tiga bulan membuat persiapan seperti membina rumah, kandang, stor dan bilik sejuk untuk menyimpan susu dan seumpamanya, ayah ditemani kawan berlepas ke Australia. Setelah mendapat khidmat nasihat daripada pegawai perubatan haiwan, ayah memiliki baka AFS yang bersesuaian di Malaysia.

“Intan, boleh abah tanya sesuatu?” soal ayah ketika mereka duduk berehat.

Fikirannya penuh dengan tanda tanya. “Kenapa, ayah?” “Intan tidak menyesal?” soal ayah.

“Menyesal?” Intan tersentak.

“Kerja dengan ayah, kotor, tangan Intan pun akan menjadi kasar. Selalu luka bila nak potong pelepah kelapa. Intan tak teringin ke nak bekerja yang setaraf dengan kelulusan Intan?” Intan tersenyum sendirian.

“Entahlah ayah, Intan dah lupakan semua tu. Menyesal atau tidak, Intan perlu hadapi kehidupan ini. Lagipun Intan tolong ayah sendiri, bukan?” Ayah mengeluh perlahan.

“Ayah tak pernah halang citacita Intan. Ayah tak pernah paksa Intan buat kerja di kandang walaupun ayah tahu kesusahan yang keluarga kita alami.” “Intan ikhlas ingin membantu ayah. Ini titik peluh keluarga kita. Pendapatan kita pun semakin bertambah, cukup untuk menampung keperluan semua.

Janganlah ayah risaukan Intan.” Dia memberikan keyakinan kepada ayahnya. Dia tidak mahu ayahnya mengaku kalah.

“Helmi?” Ayah menyoal lagi.

Tersentak Intan mendengar nama jejaka itu. Senyumannya hambar. “Helmi tidak boleh terima Intan, ayah.” “Tak cuba pujuk dia?” Intan mengangguk. “Biarlah, ayah. Kalau dah jodoh, pasti akan bersatu.” “Dia bukan gunung, Intan.

Dengar cakap ayah. Intan perlu fi kirkan tentang diri Intan juga.

Ayah izinkan Intan menikmati masa muda asalkan tahu menjaga batas agama. Tahu jaga nama keluarga.” Ayah menepuk perlahan-lahan bahu Intan.

“Umur Intan pun semakin meningkat. Takkan Intan nak kahwin dengan lembu jantan tu?” Ayah menunjuk ke arah seekor lembu jantan yang sedang mengunyah rumput. Intan mengekek ketawa mendengar gurauan ayahnya.

Perasaan Intan masih terguris dengan sikap Helmi yang memandang rendah pekerjaannya.

Dia faham bukan mudah bagi seseorang lelaki untuk menerima seorang wanita yang berkecimpung dalam bidang yang lasak dan kotor sepertinya.

Dia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi Helmi tidak nampak kelebihannya itu.

Setahun berlalu pergi. Tiga hari lepas, Intan mengusulkan agar tanah yang masih kosong berdekatan dengan kandang lembu itu dibina reban ayam penelur pula. Ayah bersetuju walaupun dia tahu ia memerlukan modal yang besar. Dua orang pekerja diambil untuk membantu Intan menguruskan ayam-ayamnya.

Pada minggu ini, ibu datang bersama adik-beradiknya yang sedang bercuti. Mereka mengambil kesempatan menolong ayah dan Intan di ladang.

Intan gembira tidak terkira melihat kedatangan adik-beradik yang amat dirinduinya.

Hari itu, ayah keluar awal tanpa pengetahuan Intan. Intan sendiri tidak berprasangka apa-apa dan cuma menyangkakan ayahnya keluar ke Jabatan Haiwan untuk menguruskan bantuan kewangan yang dipohonnya.

“Intan, ibu ada bawakan surat untuk Intan.” Intan terkesima ketika ibu menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Surat bercop Petronas ditatap lama. Seketika kemudian, dia merenung wajah sayu ibunya. Ibu tersenyum dan terus meninggalkan Intan keseorangan.

“Sukacita dimaklumkan permohonan anda untuk menjawat jawatan Eksekutif Teknikal di syarikat sudah diluluskan. Sila laporkan diri anda di pejabat kami di Chukai, Terengganu pada 16 Oktober 2002. Segala kerjasama anda amat dihargai.

Sekian, terima kasih.” Intan melipat semula surat itu dan memasukkannya ke dalam sampul semula. Air matanya bergenang. Dia pernah memohon jawatan itu tanpa pengetahuan ayah dulu.

Hasratnya hanya untuk mencuba dan dia tidak menyangka permohonannya berjaya.

Perasaannya kini gembira berbaur sedih. Jawatan itu menawarkan pendapatan yang lumayan, setaraf dengan kelulusan yang dimilikinya. Namun, dia tidak mahu meninggalkan ayah. Lagipun belum ada lagi adik-beradiknya yang dapat meneruskan kerjaya ini.

“Patutkah aku memberitahu ayah?” Soal hatinya. Fikirannya bercelaru. Kehadiran Diniey datang menyedarkannya daripada lamunan.

“Kak, Diniey nak berikan kakak sesuatu.” Di tangannya tergenggam sepucuk lagi surat yang membuatkan hatinya semakin berdebar-debar.

“Surat daripada siapa pula ni?” soal Intan.

“Surat daripada buah hati pengarang jantung kakaklah.” Diniey mengekek ketawa. Surat beralih tangan. Termangu Intan di situ dengan kehadiran dua surat berkenaan.

Salam rindu buat dirimu Intan Humaira Bukhari, Apa khabar Intan di sana? Helmi di sini sihat walafi at dan Helmi juga berharap agar Intan terus sihat menjalani rutin seharian. Bagaimana dengan hasil ternakanmu? Semakin bertambah? Helmi ingin memohon seribu kemaafan atas keterlanjuran kata sehingga menyinggung perasaanmu.

Helmi sedari apa jua keputusan yang Intan buat adalah yang terbaik.

Helmi sedar Helmi bersalah padamu setahun dulu.

Maafkanlah Helmi. Oh ya, untuk pengetahuanmu, Helmi berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Jepun.

Doakan kejayaan Helmi d sini.

Percayalah Intan, kasih sayang Helmi tidak pernah luntur.

Helmi berharap agar Intan masih menyayangi diri ini. Berilah peluang buat kali kedua untukku memperbaiki kesilapan lalu. Sampai di sini dulu coretan buatmu. Sampaikan salamku buat keluarga tercinta. Ikhlas dari kejauhan, Helmi Hajari Kau masih mengingatiku, Helmi? Intan tersenyum. Ternyata kuntuman kasihnya masih mekar terhadap jejaka itu. Kini, insan yang dirinduinya jauh di rantau orang dan dirinya masih di ladang itu.

Tiada penyelesaian yang perlu dirasakan dan dia begitu senang dengan keadaan hidupnya sekarang. Keadaan riuh rendah di luar rumah.

Intan berlari mendapatkan ibu. Rupa-rupanya ayah baru pulang dan adik-beradik Intan menyambutnya dengan kegembiraan.

Intan tergelak diikuti ibunya.

Ayah tersenyum memanjang seperti ada sesuatu yang amat menggembirakannya hari itu.

“Kenapa ayah tersenyum lebar saja ni?” Intan cuba bertanya.

“Cuba teka.” Ayah cuba berteka- teki. Ayah menarik nafas dan berkata, “Baguslah semua ada di sini. Bolehlah kita berbincang anak beranak.” “Ayah ada tiga berita gembira.” “Tiga?” Masing-masing bertanya.

“Ya, tiga. Pertama, ayah berjaya mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli mesin memerah susu. Lusa, Jabatan Haiwan akan hantar ke sini. Kedua, ayah dapat peluang berniaga daging dan susu segar di pasar awam.” Ayah diam seketika.

“Ketiga, ayah?” Faizi spontan bertanya.

“Tanya kak Intan.” Adik-beradik mula memandang Intan. Intan dalam tanda tanya. Apa maksud ayah? “Intan tak faham, ayah.” Ayah bangun. “Sudah tiba masanya Intan memikirkan diri Intan pula. Ayah sanggup melepaskan Intan pergi demi cita-cita yang ingin Intan gapai. Ayah tahu Intan dah terima surat jawapan daripada Petronas.” Intan memandang ibunya. “Maafkan ibu, Intan.” “Jangan salahkan ibumu.

Ayah tahu niat kamu baik, ingin terus menolong ayah di sini. Janganlah kamu risaukan ayah, ayah kan sudah ada empat orang pekerja? Sampai bila Intan sanggup bertahan di sini?” “Intan tak pernah minta balasan.

Intan ingin membalas jasa ayah dan ibu yang bersusah payah membesarkan Intan dan adik-beradik. Intan tak terfi kir untuk meninggalkan ayah hanya untuk mengaut pendapatan yang lumayan.” Ibu memeluk Intan. “Bukan itu maksud ayahmu, sayang.

Kami benar-benar menyayangimu dan adik-beradik, oleh itu kami tak menghalang apa yang ingin kamu lakukan. Syukurlah kerana kami dianugerahkan anak-anak seperti kamu semua.” Intan memeluk erat ibunya.

Kini, dua tahun berlalu. Intan masih tetap setia dengan kerjayanya. Terasa berat untuk meninggalkan ladang yang mengajarnya erti kehidupan sebenar dan yang paling penting, Intan tidak sanggup meninggalkan ayah, insan yang amat disayanginya.

Tawaran yang diterimanya harus diabaikan. Dan setiap bulan, dia menerima kunjungan warkah daripada Helmi Hajari. Tinggal setahun lagi pengajian Helmi akan berakhir.

Dan dalam tempoh setahun itu, Intan menanti dengan penuh debaran.

Perniagaan ayah menjual daging dan susu segar di pasar awam mendapat sambutan.

Malah, ayah menjadi pembekal susu segar untuk beberapa syarikat. Ayah juga menjual lembu-lembunya yang cukup matang bagi ibadah korban dan aqiqah.

Intan semakin berbangga dengan kejayaan ayah. Ternyata usaha mereka sekeluarga tidak sia-sia. Ternakan ayam telur yang diusahakan Intan juga mendatangkan hasil yang lumayan. Intan tersenyum senang setiap kali memandang ladang ternakannya yang semakin berkembang.

Intan merenung dirinya di cermin. Dia membelek-belek wajahnya. Kemudian ditenung pula badannya yang semakin kurus. Dia tidaklah secantik Misha Omar, artis pujaannya namun dia bersyukur dengan anugerah Ilahi kepadanya.

Apalah seorang wanita mahukan dalam hidupnya? Dia mahu menyayangi dan disayangi, mempunyai keluarga dan berkeluarga, menjadi seorang anak kepada kedua ibu bapa, seorang kakak kepada adik, seorang isteri kepada seorang suami dan menjadi seorang ibu kepada anak yang bakal lahir dan menjadi peneraju kepada agama dan bangsa.

Itulah impian seorang wanita termasuk dirinya. Bagaimana penerimaan Helmi terhadapku? Ikhlaskah dia menerimaku kini? Hatinya terus berkatakata.

Hujan lebat mencurahcurah ke bumi. Hati Intan dirundung perasaan gelisah. Entah mengapa kerja yang dilakukannya dari awal pagi serba tidak kena. Dia melihat jam di tangan. Sepatutnya ayah dah balik tapi tak nampak pun lorinya, hatinya berbisik.

“Kenapa ayah lambat sangat hari ini?” “Kenapa Cik Intan?” soal Saiful yang menyedari perubahan Ain sejak pagi itu.

“Ayah…” Hanya itu yang terkeluar daripada bibirnya.

Hatinya semakin tidak keruan.

Dia terbayangkan ayah. Hujan semakin menggila, seolah-olah tidak mahu berhenti.

Dia sendiri mati akal untuk mencari ayahnya. Dia cuba beristighfar dan menenangkan perasaannya. Dia berlari ke rumah kecilnya. Dicapai tuala untuk mengeringkan badannya yang basah dihujani di luar tadi. Tudung di kepala dibuka.

Dia melangkah perlahan ke tingkap.

Ayah, pulanglah. Intan risaukan ayah. Hingga lewat malam, ayah tidak juga pulang ke ladang. Intan melepaskan keluhan. Di hatinya masih tersirat perasaan bimbang bercampur takut andai sesuatu kecelakaan menimpa ayahnya.

Ayah takkan pulang ke rumah tanpa pengetahuan Intan dan selalunya Intan akan ikut sama jika ayah merindui ibu dan adik-beradik yang hanya akan datang ke ladang pada hujung minggu.

Telefon bimbit Intan berbunyi.

Dia tersentak dan terus menjawab panggilan itu. Telefon terlepas daripada genggamannya.

Intan terduduk ke lantai.

Air matanya mengalir, sederas hujan yang masih lagi membasahi bumi di luar sana.

Tiada siapa yang dapat meredakan tangisannya kali ini. Kerisauan Intan menjadi kenyataan. Mimpi buruknya menjadi realiti. “Ayah…” Hanya nama itu yang disebutnya.

Dia memeluk tubuhnya.

Terkenang gelak tawa insan yang amat disayanginya.

Kata-kata nasihat, semangat dan dorongan ayah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Mengapa nasib ini yang perlu Intan terima, ayah? Kenapa ayah tinggalkan Intan? Sudah hilangkah kasih sayang ayah terhadap Intan? Pada ibu? Pada adik-beradik? Ya Allah, mengapa dugaan seperti ini yang perlu aku hadapi? Mengapa terlalu awal Engkau menjemput ayahku sedangkan anak-anaknya masih ketandusan kasih sayang seorang ayah? Nalurinya berkata-kata, memohon simpati walau tiada siapa yang mendengarnya.

Pintu rumah kecil terkuak.

Ibunya menjengukkan muka.

Intan berlari memeluk ibunya.

“Sabarlah sayang, kita balik ke rumah.” Ibu masih tabah menghadapi berita seperti ini.

Intan mencapai beberapa helai baju dan mengikut jejak ibu ke kereta.

Sepanjang perjalanan, ibu dan anak itu diam seribu bahasa.

Masing-masing melayani fi kiran, mengingati pemergian insan penting dalam keluarga.

Mereka tiba di rumah. Kini, umurnya baru meningkat 25 tahun dan belum puas menikmati kasih sayang ayah.

Itu bagi Intan, bagaimana pula dengan Faizi dan Laila? Jenazah ayah selamat dikafankan.

Suasana pilu tatkala Intan dan adik-adik dibenarkan menatap wajah ayah buat kali terakhir. Wajah ayah tenang seperti lautan yang tidak dipukul ombak kuat.

Intan mengucup dahi ayah.

“Maafkan Intan, ayah. Halalkan makan dan minum selama ini.

Intan akan sentiasa mendoakan ayah.” Dia menahan air mata daripada gugur mengenai jenazah ayah.

Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Ayah akan dikebumikan selepas subuh. Kata tok imam, tak elok dibiarkan jenazah lama-lama. Ibu bersetuju. Intan memeluk erat Diniey dan Laila.

Tersedu-sedan mereka menangis di bahunya.

Kata ibu, ayah kemalangan ketika pulang menghantar susu ke Pusat Pengumpulan Susu Jabatan Haiwan. Sebuah treler dari arah bertentangan hilang kawalan dan merempuh lori ayah. Ayah tersepit di tempat pemandu dan semasa anggota penyelamat datang, ayah sudah menghembuskan nafas yang terakhir.

Jenazah selamat dikebumikan.

Seluruh ahli keluarga Intan mengiringi jenazah.

Tangisan masih belum reda.

Ketika melangkah pulang, Intan terpandang sesusuk tubuh yang amat dikenalinya, tidak berbeza daripada dulu.

Tubuh itu mengorak langkah longlai ke arahnya. Tiada senyuman, hanya renungan mata yang sayu diikuti dengan tundukan. Ain membatukan diri apabila tubuh itu berdepan dengannya. Air matanya dikesat.

Helmi menghulurkan tangan.

Tiada sebarang reaksi dipamerkan oleh Intan. Helmi menggenggam jemari Intan. Lembut.

Helmi mencuit dagu Ain.

Ditatapnya wajah yang amat dirindui sepanjang dua tahun itu. Wajah yang manis walau tanpa secalit mekap pun.

Intan membalas renungan Helmi. “Ayah dah tinggalkan Intan, Helmi. Ayah dah tinggalkan adik-beradik dan ibu Intan.” Helmi memaut bahu Intan ke dalam pelukannya. Dia tahu gadis itu masih bersedih hati.

“Setiap yang datang, pasti akan pergi, sayang. Kita yang masih hidup, perlu meneruskan perjuangan ini.” Intan mengangguk perlahan.

“Intan, kita teruskan hajat ayah. Helmi berjanji akan tolong Intan laksanakan hajat ayah itu. Ladang itu akan kita jaga dan usahakan, bagi makan pada ternakan, perah susu. Helmi akan sentiasa bersamamu.” “Tapi…” Belum sempat Intan menghabiskan kata-katanya.

“Rezeki yang Allah kurniakan ada di mana-mana saja. Helmi tahu betapa besarnya pengorbanan ayah buat keluarga Intan.” Intan tersenyum. Sungguh dia tidak menyangka Helmi dapat menerima dirinya. Kepulangan Helmi menguatkan lagi semangatnya untuk memperjuangkan peninggalan arwah ayahnya.

Ya, perjuangan hidup perlu diteruskan. Pengorbanan ayah di ladang perlu diteruskan.

Itu amanah ayah. Itu saja peninggalan ayah buat Intan dan keluarga. Kerana ayah, dia adalah segala-galanya buat Intan.

Powered by Harian Metro