Archive for November, 2007

Trip The Light Fantastic


Sanjay Dutt Keluar Penjara


MUMBAI 29 Nov. - Pelakon Bollywood, Sanjay Dutt hari ini dibebaskan selepas dikat jamin terhadap hukuman penjara enam tahun kerana memiliki senjata secara haram, kata para saksi.

Ratusan peminatnya berkumpul di hadapan penjara bandar Pune, di barat India untuk melihat beliau yang memakai baju berwarna putih dan berseluar jean berwarna biru.

Sanjay diiringi seorang pengawal dan dihantar sehingga pintu utama penjara tersebut.

Beliau, kemudiannya menaiki sebuah kereta yang sedang menunggu dan dijangka terbang ke bandar kelahirannya, Mumbai, terletak 160 kilometer ke utara, menggunakan pesawat yang disewa khas.

Mahkamah Agung India telah membenarkan beliau diikat jamin Selasa lalu, dengan mengenakan deposit jaminan dan menyerahkan pasport miliknya.

Aktor itu dijatuhi hukuman pada 31 Julai lalu kerana memiliki senjata secara haram yang dibeli dari perancang satu siri letupan bom di Mumbai yang membunuh 257 orang pada 1993.

Bintang filem itu mengakui membeli sebuah senapang jenis Kalashnikov bagi melindungi keluarganya daripada keganasan puak.

- AFP

Utusan Malaysia

Taste, Trend, ‘Billa’