Archive for December, 2007

Normaziah Dinobat Wanita Ikon 2007


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menerima piala Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 daripada Sultanah Nora Ismail sambil disaksikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di pertandingan Ikon Wanita 2007 di PWTC, malam tadi. - Gambar SAIFUDDIN MOHD NOR.

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Seorang usahawan produk kecantikan, Datin Normaziah Sheikh Mohamed malam ini dinobatkan sebagai Wanita Ikon 2007 kerana usaha beliau dalam dunia kecantikan dan giat membantu kerja-kerja amal terhadap masyarakat.

Normaziah, 37, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Megah Padu yang sinonim dengan produk Kayla Beverly Hills membawa pulang hadiah sebuah kereta Proton Persona sumbangan EON, barang kemas bernilai RM30,000 daripada Habib Jewels, wang tunai RM5,000 sumbangan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (Usahanita) dan trofi kristal tajaan Majalah Wanita, terbitan Kumpulan Utusan.

Beliau juga memenangi tiket penerbangan tajaan Pearl of The Orient dan barangan kosmetik dari Loreal Paris.

Normaziah menewaskan tujuh lagi finalis yang berjaya ke peringkat akhir anugerah tersebut iaitu personaliti, Maznah Zulkifli; usahawan dan bekas pengacara, Sharifah Shawati Syed Mohd; pengasas produk kecantikan Aura Seri, Nor Zaina Ghani; peguam, Raja Riza Shazmin; Chef Azrin Zuliani Zainol; pengasas produk kecantikan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim dan doktor pembedahan plastik dan bekas gimnas negara, Dr. Farah Hani Imran.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Usahanita dengan kerjasama majalah Wanita, Radio Wanita (WFM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir ialah Sultanah Nora Ismail; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Khamsiyah Yeop; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Presiden Usahanita, Datuk Rokiah Omar; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd.

Pada majlis tersebut juga, empat lagi anugerah turut disampaikan kepada wanita-wanita yang memberi sumbangan kepada masyarakat.

Penerima tersebut ialah Dr. Zeti Akhtar yang menerima Anugerah Tokoh Wanita Ikon 2007 di atas sumbangan dan jasanya kepada negara dan usahawan, Faridah Jabbar yang menerima Anugerah Usahawanita Cemerlang 2007.

Penerima-penerima lain ialah ibu tunggal, Haizah Hanizah Abd. Wahab yang menerima anugerah Ibu Tunggal Cemerlang 2007 dan warga orang kurang upaya, Zainab Omar yang menerima Anugerah Wanita Istimewa Cemerlang 2007.

Sementara itu, Mohd. Nasir Ali dalam ucapannya berkata, pembabitan golongan wanita begitu meluas dalam semua aspek kehidupan dan kerjaya serta berjaya mencipta satu demi satu kejayaan.

”Menyedari hakikat tersebut, Anugerah Wanita Ikon 2007 direalisasikan dengan objektif utama untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah berjaya,” katanya.

Anugerah ini, menurut beliau, adalah bagi mencari pelapis kepada usahawan wanita sedia ada agar boleh dijadikan contoh kepada wanita lain dan membentuk keyakinan diri mereka dan juga sebagai pemangkin ke arah kejayaan wanita yang lain.

Anugerah Wanita Ikon 2007 ini adalah anugerah eksklusif kepada seseorang wanita yang layak digelar ikon yang menepati ciri-ciri wanita berjaya dan berpersonaliti menarik, peribadi murni dan aktif membantu masyarakat.

”Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi dan merupakan wanita serba boleh yang dilihat mampu menjadi contoh inspirasi kepada wanita lain seluruh Malaysia,” tambahnya.

Seramai 20 orang terpilih ke pusingan separuh akhir dan hanya lapan peserta berjaya melangkah ke peringkat akhir yang diadakan pada malam ini.

Juri profesional yang terlibat mengadili peserta adalah Pengarah Urusan Securiforce Sdn. Bhd., Datuk Maznah Hamid; penggiat seni, Datin Seri Tiara Jacquelina; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Dr. Sharifah Zarah Syed Ahamad.

Powered by Utusan Malaysia

Fernandes Tubuh Syarikat Baru


Oleh Kamarulzaidi Kamis

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Tony Fernandes bercadang menubuhkan sebuah entiti baru bagi menyelaraskan pengurusan atau sebagai pemegang pelaburan anak-anak syarikatnya yang semakin pesat berkembang.

Beliau berkata, syarikat baru itu akan dikenali sebagai Tune Group yang merupakan syarikat induk bagi kumpulan Tune.

“Apabila ditubuhkan, semua syarikat Tune termasuk Tune Money Sdn. Bhd., Tune Hotels Sdn. Bhd., Tune Talk Sdn. Bhd. dan Tune Entertainment Sdn. Bhd. akan dikumpulkan di bawah Tune Group,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Fernandes ketika ini menguasai syarikat-syarikat tersebut menerusi Tune Ventures Sdn. Bhd.

Selepas kejayaan dalam bidang pengangkutan udara menerusi AirAsia Bhd. dan AirAsia-X serta bidang perhotelan, kewangan, komunikasi, penerbitan filem melalui Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk dan Tune Entertainment, Fernandes kini bercadang untuk membuka dua lagi syarikat baru iaitu Tune Store dan Tune Records.

“Tune Store adalah berkonsep pasar raya runcit sederhana, hampir sama seperti pasar raya Parkson, yang akan dibuka di bandar-bandar kecil seperti di Miri, Sitiawan dan bandar-bandar lain.

“Kami juga bercadang membuka syarikat rakaman iaitu Tune Records bagi meneroka industri muzik,” kata bekas Ketua Warners Music Malaysia itu.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru Tune Hotels, Fernandes berkata, pihaknya dijangka membuka sebuah lagi hotel bajet di Bali, Indonesia menjelang pertengahan tahun depan.

“Hotel kami di Pantai Kuta, Bali dijangka beroperasi pada pertengahan 2008 manakala sebuah lagi yang sedang dalam pembinaan berhampiran Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) KLIA dijangka siap menjelang hujung tahun 2008.

“Ketika ini sebuah hotel kami di Kuala Lumpur yang telah beroperasi pada April lalu telah berjaya mencatat keuntungan lebih cepat daripada jangkaan,” katanya.

Sementara itu, hotel di Kota Kinabalu akan dibuka menjelang April depan dan sebuah lagi dirancang dibuka di Jalan Burmah, Pulau Pinang, katanya.

Selain itu, Tune Talk pula dijangka mula menawarkan perkhidmatan telefon mudah alih menerusi pendekatan Operator Sistem Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) pada awal tahun depan.

Fernandes berkata, pendekatan sebegitu akan memberi kelebihan dari aspek kapasiti sistem rangkaian yang dimiliki syarikat telekomunikasi sedia ada pada harga borong dan kemudian menggunakan kapasiti itu bagi menawarkan perkhidmatan telefon bimbit menggunakan jenamanya sendiri.

Tune Talk tidak perlu memiliki lesen bagi spektrum penyiaran dan melabur bagi membina stesen pemancar, katanya.

Pada 4 Disember lalu, syarikat itu telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Celcom (Malaysia) Bhd. bagi melaksanakan pendekatan MVNO itu.

Selain di Malaysia, syarikat itu difahamkan turut berhasrat mengembangkan perkhidmatannya ke negara-negara ASEAN lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Beliau berkata, perkhidmatan yang bakal ditawarkan Tune Talk itu akan dapat memberikan tambah nilai kepada pelanggan AirAsia, Tune Money dan Tune Hotels serta syarikat-syarikat Tune yang lain.

Sebuah lagi syarikat dalam kumpulan tersebut iaitu Tune Entertainments baru-baru ini telah mengadakan kerjasama penerbitan filem dengan Tall Order Productions Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh pelakon Hans Isaac untuk menerbit filem sulung arahannya iaitu Cuci.

Powered by Utusan Malaysia

Words And Whispers 2007

 And so another year ends in the acrid smoke of a post-blast Liaquat Bagh election rally evening. Benazir Bhutto, Daughter of the East, was marked by destiny’s suicide bomber. Her assassination symbolised a year when prospects of democracy in Pakistan came under repeated assault, whether it was the dismissal and house arrest of a chief justice or the imposition of an emergency. General Pervez Musharraf became plain President Musharraf, but that did not really change anything in Pakistan.

Somehow, try as we might, we couldn’t insulate ourselves from the various sources of instability the world over. The post-assassination violence that destablised Pakistan, made us feel just that bit more uncomfortable in our skins, and who would have imagined that bad housing loans in the US could add the term sub-prime crisis to our daily vocabulary? It was that kind of year, when the world got even smaller and characters like Hill and Huck dominated our news space, even as Bush’s poodle scampered out of 10, Downing Street, to be replaced by Gordon. Meanwhile, Vlad got to be acknowledged in some quarters as the Man of the Year.

It was a year of the predator and the macabre. D-5, Sector 31, in a nondescript Noida neighbourhood, turned out to be a House of Horrors, with the bones of little children surfacing in a drain. It stained 2007 with the word Nithari, which came to signify the most debased form of human behaviour. At Virginia Tech, a student used his Glock 9MM semi-automatic to deadly effect by shooting down indiscriminately his fellow students one fine morning. But we no longer had the indulgence of imagining that such incidents didn’t happen in our country. The Gurgaon school shootout testified to the churning, changing times. But then it was that sort of year, when terror was just a news bulletin away, whether it was about Glasgow or Hyderabad; whether on the Samjhauta Express or before a Lucknow court, even as blasts from the past reminded us of a hellish March 1993 afternoon in Bombay. The Bombay blasts verdict may have sent Accused No 117 Sanjay Dutt back to jail, but Justice Srikrishna’s recommendations on the riots that preceded them continued to fall victim to political amnesia. Ironically, 2007 marked 60 years of international human rights. It was also a year to remember Mr Q. Quattrocchi managed to find his way back to primetime yet again, which says a great deal for the man’s indestructibility. We need him it seems, just as we need Narendra Modi, with his chhapan ni chhati and plastic mask, to remind us of our sins of omission and commission. If the US staged a surge in Iraq, so did the saffron forces, ending the year with the triumphs of Gujarat and Himachal.

Politics continued to be the national obsession with new players, like Baba Gandhi throwing himself into the fray with much energy if little success; and old players like Mayawati coming to power for the first time in the country’s largest state on her own strength, and L.K. Advani positioning himself firmly as his party’s candidate in the race for 7, Race Course. Meanwhile, the present denizen of No 7, Race Course Road, saw his carefully crafted Indo-US n-deal sat upon by the Marxists. But it wasn’t a great year for the Left either. Nandigram continued to haunt them throughout the year as indeed the Lajja of its shabby treatment of Taslima Nasreen. But then it was that kind of year, when nobody and nothing could emerge completely unscathed from the hot breath of times marked by Global Warming, a phenomenon that was officially acknowledged by the world and the IPCC. So how large then was your carbon footprint this year?

Memory was big in 2007. We commemorated 1857 and revived the ghosts of Bahadur Shah Zafar and Mangal Pandey. We also marked with due official festivity 60 years of India’s Independence, and SMS-ed furiously to get the Taj Mahal acknowledged as a Wonder of the World, going on to take Incredible India right into the somewhat indifferent core of Big Apple.

It was a year that saw pet food subsidised in the national budget (Congress ka haath aam kutte ke saath ). Nokia batteries overheated while Computerda just froze it. And Shilpa Shetty got the Goody treatment in Celebrity Big Brother and lived famously ever after. It was a year that was big on Indian billionaires who staged a surge of their own, and wedding extravaganzas, whether it was the hurly-burly of the Elizabeth Hurley-Arun Nayyar union or the tinsely-tele tale of the Ash-Abhi marry-thon. After the Billion Blues of the World Cup thrashing, we had our Chak De India moment with the Dhoni team’s Twenty20 pyrotechnics. Team India left the Chappell - and Rahul Dravid - behind, and re-discovered a semi-retired Kumble, even as a victorious hockey team continue to ask, why does cricket get all the attention? It’s all about, money, honey. Ask the BCCI.

As the tick-tock of the celestial clock steadily moves the hour hand to The End, let’s hope that there will be some Om Shanti Om in 2008. Or that at least we won’t have to flap around like headless chickens. So it’s goodbye, and good luck from me.

The Indian Express