Archive for May, 2008
Noryn Berdebar Tunggu Malam Esok
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2008: Sekalipun banyak meraih pengalaman beraksi dikelab-kelab hiburan, Noryn Aziz mengakui bahawa peluang mengadakan persembahanSunday Nite Live diPlanet Hollywood malam esok, Ahad, adalah saat yangsudah lama diidam-idamkannya.
Dengan perasaan yang berdebar,diaakancuba memberikan yang terbaik di pentas kepada peminatnya secara live bermula jam10 malam.
“Sudah lama sayaterbayang-bayang membuat persembahan di Planet Hollywood kerana di pentas itulah saya pernah melihatartissepertiSheila Majid dan Dayang Nurfaizah beraksi. Ketika itu saya masih menuntut diUniversiti Teknologi Mara (UiTM).
“Setiap kali datang, saya pastiduduk dicelah-celah penonton yang ramaidi belakang. Tidak sangkasekarang giliran saya pula,” kata Noryn kepada murai.com.my, baru-baru ini.
Noryn sangat berbangga kelab dan restoran terkemuka itusudi meletakkan kepercayaan yang besar kepadanya untuk beraksi kerana dia masih baru berjuang secara solo.
“Dulu saya pernah membuat persembahandi Kelab Alexis, Ampangtetapi dengan repertoire acid jazz. Tapi di Planet Hollywood, persembahannya lebih kepada pop, motowndansoul selain jazz kerana konsep setiap kelab hiburan berbeza-beza. Yang sama adalah saya menyanyi secara live dan saya lebihdekat dengan penonton,” katanya
Persembahan Sunday Nite Live bersama Noryn Aziz di Planet Hollywood akan bermula pada jam 10 malam menerusi 2 set dan akan berlangsung selama 45 minit bagi setiap satu segmen.
Apa yang menarik, seramai 5 GengMurai dari murai.com.my bersama pasangan mereka turut diberi peluang untuk menonton persembahan Norynselepas memenangi pertandingan kuiz online. Jumpa di sana!
Murai
Lola Menari Untuk Madonna

ADAKAH Lola (kanan) bakal mengikut jejak langkah Madonna menjadi artis terkenal dunia.
ANAK perempuan Madonna, Lourdes yang lebih dikenali sebagai Lola kini sedang sibuk menimba ilmu di kelas tarian di sebuah studio terkenal di London, Pineapple.
Anak sulung Madonna yang berusia 11 tahun itu bercita-cita menari bersama ibunya semasa konsert jelajah nanti.
“Lola berjaya mengagumkan guru tarinya dan dia sudah bersedia untuk menari bersama Madonna pada konsert di Wembley nanti,” kata satu sumber.
Walaupun Madonna yang sedang popular dengan lagu 4 Minutes itu gembira untuk menari bersama Lola, tetapi suaminya, Guy Ritchie (bapa tiri Lola) sebaliknya tidak bersetuju.
Tambah sumber itu, “Guy risau Lola tidak dapat menerima tekanan pada usia yang muda. Dia tidak mahu Lola menjadi bintang pada usia yang terlalu muda.”
Lourdes adalah anak perempuan Madonna bersama bekas jurulatihnya, Carlos Leon. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, Rocco hasil perkahwinannya bersama Ritchie serta seorang anak angkat, David, berusia dua tahun.
Konsert jelajah Madonna, Sticky and Sweet bakal berlangsung di stadium Wembley, London pada 11 September ini.
Kosmo
Raihan Muncul Dengan Selawat
ALBUM BARU
Raihan muncul dengan selawat
SELEPAS 12 tahun berada di bawah naungan Warner Music Malaysia, kumpulan nasyid popular, Raihan, akhirnya mengambil keputusan untuk bergerak sendiri dengan menghasilkan album terbaru, Selawaterapi, di bawah label Raihan Records.
Mereka berani berbuat demikian setelah pasti mampu memenuhi selera peminat yang kini mencapai pasaran global.
Kemunculan Raihan pada 1996 sebagai perintis kumpulan nasyid kontemporari pernah mencetuskan fenomena baru dalam sejarah industri seni muzik apabila album sulung mereka, Puji-Pujian, mencatat jualan tertinggi melebihi 600,000 unit di Malaysia dan Singapura.
Raihan kini mempertaruhkan album kesembilan mereka (termasuk tiga kompilasi) untuk kembali memeriahkan industri yang tidak menentu pasang surutnya.
Ketua kumpulan Raihan, Che Amran Idris, berkata kemunculan album ini tidak seperti album sebelumnya kerana ia mempunyai banyak cerita untuk dikongsi. Istimewanya, album ini diberi judul Selawaterapi iaitu alunan selawat ke atas Rasulullah yang menjadi penawar kepada sebarang masalah sama ada fizikal, minda dan rohani.
‘Album versi antarabangsa ini dilancarkan di London pada 23 Mac lalu sempena kunjungan kami ke sana menjayakan persembahan Evening Of Inspiration. Album ini memuatkan lapan lagu selawat yang popular di seluruh dunia dalam bahasa Arab sepenuhnya.
‘Apa yang menarik, album yang dinyanyikan sepenuhnya secara akapela tanpa iringan sebarang alat muzik ini menampilkan koleksi selawat popular di seluruh dunia.
‘Tambahan pula masih ramai penggemar nasyid yang minat menikmatinya secara akapela dan konsep ini belum pernah dibuat oleh mana-mana penyanyi Malaysia.
‘Bagi Raihan ia satu pendekatan kepada semua untuk menjadikan selawat sebagai budaya yang perlu sentiasa diamalkan untuk keberkatan dalam kehidupan.
Album ini amat sesuai untuk seisi keluarga sebagai halwa telinga di samping menjadi terapi minda dan spiritual dalam meng hayati kecintaan terhadap Rasulullah,’ kata Che Amran baru-baru ini.
Sesuai dengan konsep tersebut, Raihan membawa pendengar menikmati kesegaran alunan selawat kepada Rasulullah.
Kehebatan vokal mereka terserlah dan tidak boleh disangkal kerana sejarah membuktikan mereka pernah meng gondol Vokal Terbaik Berkumpulan dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia selama enam tahun pada 1999 (Syukur), 2000 (Senyum), 2001 (Demi Masa), 2002 (Gema Alam), 2005 (Allahu) dan 2007 (Tawakal).
Selain Che Amran, Raihan yang turut dianggotai Amran Ibrahim, Abu Bakar Md Yatim dan Zulfadli Mustaza ber gabung bersama-sama dalam paduan suara harmoni sesuai dengan konsep album ini yang tidak mempunyai vokalis utama.
Cyberita