Archive for June, 2008

Seams Soulful


Fizow, Fahrin Macam Adik Beradik


KL, 30 JUN 2008: Sekarang Murai Batu tengok banyak betul kemunculan artis baru. Macam cendawan tumbuh melata lepas hujan. Apapun, sindrom ini bukanlah sesuatuyang tidak menyihatkan malah Murai Batu bangga sangat tengok ada budayapelapis atau pengganti dalam industri kita.

Cakap pasal artis baru ni, Murai Batu perhatikanbanyak jugawajah artis baru ada persamaan dengan artis senior. Contohnya,Farawahidasekali pandang macamNurul,Khai pula macam Yusry KRUdan Zahnita serirasDato’ Siti. Takkisahlah itu semua sebabmasing-masing pun adakelebihan tersendiri.

Ini pulacerita baru tentangseorang artis baru lelaki yang semakin glamour. Semuanya selepas dia menang tempat kedua pertandingan Hero Remaja 2007. Alah tentu ada yang perasan denganFizow yang seksi dansasa tu kan?

Sedang Murai Batu membelek foto terbaru Fizow di pejabat, tup-tup ada terselitpula beberapafoto Fizow dengan pelakon kacak dan sensasi, Fahrin Ahmad. Bila Murai Batu perhatikan,mereka macam adik-beradik pun ada. Dah tu, pangkal nama pun sama iaitu F!

Murai Batu difahamkan, antara foto itu, ia diambilketika Fizow dan Fahrin sama-sama berlakondalamdramaElite untuk siaran Astro. Tapi, dalam drama itu merekabukan ngam sebaliknya terpaksa jadi musuh. Wah rival gitu!

Apapun, Fizow pun dah popular sejak jadi pelakon. Fotonya juga banyakmenghiasimajalah hiburan. Difahamkan, sekarangFizow sedangsibuk shooting drama Ku Curi Cintaku dan Dendam. Dengar kata,drama Dendam juga akan menggantikan drama lakonan Fahrin yang tengah meletup kat TV3, Vice Versa.


MURAI BATU: Sekarang ramaitengah minat seoranglagi aktor kacakRemy Ishak yang membintangi drama Sindarela. Remy dulu pernah berlakon Anak Halal dan filem pendek Comolot.


Murai

Kontrak Jimmy Dengan Era Dah Habis


KL, 30 JUN 2008:
Dalam kecoh-kecoh kisah Nana dan Linda Onn,Murai Batu dikejutkan pula dengar cerita terbarutentangRadio Nombor Satu, Era FM.

Ia membabitkanseorang penyampai lelakipopular, Jimmy Shanley yang terkenal dengan program C30 Era. Teman rapat Jimmy memberitahu Murai Batu,Jimmy sudah tidak lagi bersama stesen radio berkenaan. Apa Kes?

“Kontrak Jimmy dah pun tamatJumaat lalu.Ia tidak lagi disambung.Sepatutnya, hari terakhir Jimmy di Era FM adalahpada 30 Jun 2008 (hari ini) tetapiJimmysudahmengucapkan perpisahan kepada semua pendengar Era pada malam Jumaat lalu iaitu 27 Jun.

“Ketika ituJimmytidak begitu bersediamengucapkan bye bye kepadasemua pendengar. Jimmy jugabelumsempatberjumpa dengan semua penyampai lainuntuk mengucapkanterima kasih,” kata teman Jimmy itu.

Bagi mendapat pengesahan, Murai Batu terusmenghubungi Jimmy yang sibuk bertugas sebagai akauntan disebuah syarikat swasta.

“Betul. Memang kontrak sayadengan Era tak disambung lagi.Untuk itu, saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang setia menyokong saya bermula dari hari pertama bertugas iaitu 1 Julai 2007 hinggalah Jumaat lalu.

“Terima kasih jugalah kerana anda semualah yangmembuatkan Era masih kekalsebagai Stesen Radio Nombor Satu. Bagi sesiapa yang merindui saya, tontonlah selalu Trek Selebriti kerana kini saya perlu lebih fokus pada program itu,” jelas Jimmy yang terkenal dengan tagline berbunyi Yezza.

Murai Batu cubamerisiksiapakahpengganti Jimmy tapi diakuncikan mulutnya. Setakat ini, Murai Batu belum lagi terima khabar untuk mengisi tempat kosong itu. Mungkinkahpelakon siri Gaia,Farish kerana dia khabarnya ada mengikuti latihan menjadi penyampai?

MURAI BATU: Apa khabar Halim Othman sekarang? Apa agaknya dia buat sekarang?


Murai