Meremajakan Pelakon Dewasa
Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my
SELEPAS mencatat rating tertinggi pada musim pertama, drama Kisah Kaisara terus bersiaran buat musim kedua atas permintaan ramai.
Drama 13 episod itu menyorot kehidupan remaja berusia 16 tahun, Kaisara lakonan Sari Yanti dalam menangani situasi hidup seharian bersama ayahnya seorang bapa tunggal, keadaan di sekolah serta rakannya.
Setiap episod akan menangani satu isu tertentu seperti hubungan antara remaja lelaki dan perempuan, hubungan ibu bapa dan anak, masalah imej, persengketaan serta tekanan sesama rakan sebaya.
Pada masa sama, menekankan nilai moral yang positif seperti kesetiaan, sikap saling menghormati dan erti per sahabatan. Kisah Kaisara adalah usaha terbaru Kotex untuk memupuk nilai murni dalam masyarakat dan mengatasi konflik yang diterbitkan dengan kerjasama TV3 sebagai susulan pelbagai program sekolah dan kejayaan program televisyen tajaannya, 3R.
Ia memaparkan senario sebenar remaja hari ini berdepan masalah dan cara menyelesaikannya dengan kaedah terbaik berteraskan mesej positif serta nilai moral.
Harian Metro berkesempatan mengikuti penggambaran Kisah Kaisara musim kedua di Sekolah Menengah Ke bangsaan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur apabila lebih 70 peratus babaknya menjalani penggambaran di sana.
Bagi mewujudkan kelainan, Kisah Kaisara arahan Mu hammad Husni Othman (Nyon Othman) menampilkan lagu tema baru yang dicipta khas oleh DJ Uno dan dinyanyikan bersama Ahli Fiqir dan Elliza Razak. Lagu tema ini mem punyai mesej positif mengikut alunan terkini sesuai dengan corak penceritaan yang ditonjolkan.
Bagi Husni, mengarah cerita bercorak remaja lebih sukar kerana pengolahannya perlu teliti dan mengikut senario sebenar yang berlaku ketika ini. Ia berbeza dengan ke banyakan tema cerita yang ada di televisyen tetapi katanya, itulah cabaran menghasilkan Kisah Kaisara.
Katanya, majoriti pengarah mengakui sukar menarik pe nonton terutama remaja Melayu menonton produk tempatan, sedangkan mereka adalah pasaran utama produser dan pengarah.
“Menghasilkan idea kreatif yang menepati cita rasa ramai bukan perkara mudah, banyak kajian perlu dilakukan. Untuk mewujudkan jalan cerita menarik, Kisah Kaisara menon jolkan tiga perwatakan utama iaitu protagonis, antagonis dan pendamai.
“Sesuai dengan peningkatan usia remaja, diselitkan juga ‘perasaan ingin cinta-mencintai’, namun ia bukan kisah cinta yang menjadi tunjang utama cerita biasa.
“Setiap cerita bermula daripada skrip yang menarik dan menyentuh perhatian ramai serta teknik pengarahan yang ‘hidup’. Dalam Kisah Kaisara, kami mempunyai empat orang yang bertanggungjawab menghasilkan skrip mengikut kea daan semasa,” katanya.
Husni yang baru berjinak-jinak sebagai pengarah selama dua tahun selepas sedekad berkecimpung di arena belakang tabir, mengharapkan musim kedua ini mendapat sambutan menggalakkan seperti musim pertama.
Katanya, kali ini ia mempunyai cabaran tersendiri iaitu mengikuti waktu persekolahan untuk mendapatkan suasana sebenar pelajar datang ke sekolah dan proses pembelajaran berlangsung serta kesukaran ‘meremajakan’ pelakon de wasa.
“Situasi sekarang berbeza dengan dulu apabila remaja mahu cepat dewasa, justeru pelakon tidak boleh terlalu bersifat remaja sehingga nampak dibuat-buat. Apa yang saya minta, pelakon perlu mengkaji karakter masing-masing dan jadi diri sendiri.
“Jika musim pertama dulu, Kaisara menuntut di tingkatan tiga, kali ini dia berada di tingkatan empat dan perubahan struktur cerita juga berlaku pada orang di sekelilingnya apabila beberapa watak ditukar dan kemunculan dua watak baru iaitu pasangan adik-beradik Hana (lakonan Faralyna Idris) dan Haris (Faizul Hafiz).
“Walaupun sesetengah tema dalam episod berbeza nampak berat, ia disampaikan dalam bentuk ringan yang menekankan mesej kekeluargaan, persahabatan dan kepentingan ber interaksi dengan baik.
“Setiap masalah ditonjolkan ada jalan penyelesaian dan harapan. Di akhir cerita musim kedua ini, Kaisara akan berbincang dengan bapanya mengenai pengajaran cerita yang berlaku dan bukan lagi monolog seperti musim pertama,” katanya.
Selain mengekalkan Sari Yanti, Wan Sharmila dan Elliza Razak sebagai teraju utama, musim kedua kali ini me nampilkan dua muka baru sebagai adik-beradik iaitu Faralyna Idris, 17, sebagai Hana (musuh Kaisara) dan abangnya Faizul Hafiz, 22, sebagai Harris.
Harris, pelajar tingkatan lima yang pandai dalam pelajaran, mahir bermain muzik dan boleh berlakon serta pada masa sama menaruh hati dengan Kaisara.
>Borak Lokasi
JUDUL: Kisah Kaisara (musim kedua)
TERBITAN: Ace Motion Pictures Sdn Bhd
PENERBIT EKSEKUTIF: Nor Aliah Lee
PENERBIT: Aziz M Osman
PENGARAH: Muhammad Husni Othman (Nyon Oth man)
PENOLONG PENGARAH: Dol Baser
PENULIS SKRIP: Panel Skrip Ace Motion Pictures Sdn Bhd
PENGURUS PRODUKSI: Tini Arshad
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Zardatul Shazuan
PENOLONG PRODUKSI: Elin Azari
KONTI: Hairul Aziz
KETUA TEKNIKAL: Nazir Ahmad
MEKAP: Izu Ismail
WARDROBE: Anif Jamil dan Radzi Omar
PROPMASTER: Khairul Akek Md Dan
PELAKON: Sari Yanti (Kaisara), Norman Hakim (Hasnor), Wan Sharmila (Amy), Elliza Razak (Dania), Farid Irwan (Aben), Faralyna Idris (Hana), Faizul Hafiz (Harris), Nor Aliah Lee (Marlia)
SIARAN: Setiap Selasa, jam 10 malam di TV3 mulai 29 Julai
Harian Metro
November 25th, 2008 at 6:27 pm
aku harap kisah kaisara musim ketiga mesti dikekalkan Sariyanti .Wan Sharmila Dan Eliza yang penting mereka mesti ada sampai bila bila