Pereka Fesyen ‘Serang’ Mila & Bekas Pengurus?
NIEZAM terkejut besar macam beruk jatuh pokok apabila membaca blog seorang pereka fesyen yang melahirkan rasa tak puas hati dan kurang senang terhadap Mila dan bekas pengurusnya Famee.
Walaupun di dalam blog tersebut (www.hattadolmat. blogspot.com) penulisnya Hatta Dolmat tidak menyebut siapakah gerangan orang yang dimaksudkan itu tetapi sesiapa yang membacanya memang dah boleh agak.
Yang terkejutnya dalam blog itu Hatta mendakwa dia tak puas hati dengan Famee gara-gara beberapa insiden melibatkan hal peribadi di antara mereka serta campur tangan Mila.
Malam Rabu lalu Niezam telefon Hatta sendiri sebab nak tahu daripada mulut dia apa sebenar yang berlaku.
Kata Hatta, dia bukan nak cari gaduh malah jauh sekali nak memburukkan sesiapa.
Cuma Hatta tak puas hati apabila mendakwa ada orang tertentu yang mengutuk dan mengata dia di belakang. Kononnya juga dia mengenakan harga yang tidak munasabah terhadap pakaian Mila dalam Anugerah Bintang Popular lalu.
”Saya tak sangka ada juga orang yang sanggup mengata saya di belakang. Kalau tak puas hati boleh jumpa saya dan tak perlu nak mengata,” kata Hatta.
Menurut Hatta, akibat insiden itu dia ‘berperang’ dengan Famee melalui SMS.
Dan kata Hatta lagi, dia tak sangka dalam pergaduhan itu Mila turut campur tangan.
Insiden itu khabarnya masih tidak ada lagi kesudahan, sebaliknya terus berpanjangan apabila kejadian itu dilaporkan di dalam blog dan mendapat reaksi forum- forum gosip di Internet.
”Selepas dapat tahu yang Mila turut masuk campur, saya telefon dia dan minta dia jangan campur urusan saya dengan bekas pengurus dia tu,” katanya.
Khabarnya gara-gara insiden itu perang tiga segi melibatkan Hatta, Famee dan Mila menjadi semakin hangat.
Menurut Hatta, dia tak marahkan Mila seratus peratus dan dapat memaafkan penyanyi itu sekiranya dia telefon memohon maaf.
Niezam bagi tahu Hatta supaya tak usah nak panjang-panjangkan cerita tersebut. Yalah, dunia hiburan ni macam tapak tangan. Tak besar mana pun.
NIEZAM: Tak main la nak gaduh-gaduh.
Utusan Malaysia