Mamat Felda Ngorat Acha Septriasa?


KL, 19 OGOS 2008:  Kalau dah cantik, semua orang nak himpit. Begitulah ceritanya tentang artis cantik dari seberang, Acha Septriasa yang kini sedang menuntut di Universiti LimKokWing, Cyberjaya.

Baru-baru ini, sempena kempen pertandingan filem pendek yang murai.com.my anjurkan iaitu Skrin Amatur, kawan sepejabat Murai Batu pergilah mengambil penyertaan daripada pelajar dari universiti terbabit. Tiba-tiba teman Murai Batu itu terdengar sekumpulan pelajar tengah gosip pasal Acha.

Dengar kata, sejak Acha belajar di sana, dia menjadi antara pelajar wanita paling hot dan digilai ramai. Maklumlah film star katakan… 

Ketika itu, Murai Batu terdengar khabar bahawa Acha sekarang sedang dihimpit seorang pelajar lelaki, katanya seorang Mamat dari Felda. Mamat ni suka sangat mengorat Acha. Tapi khabarnya, Acha tak melayan mungkin sebab dia tak taste dengan budak lelaki tu. Lagipun Acha tu kan sudah ada Irwansyah, memang cari pasallah kalau dia melayan!

Tapi dengar-dengar lagi, Acha sudah ada seorang teman rapat dan dia tu bukan perempuan tapi lelaki. Orang cakap, di mana ada Acha, di situ ada Mamat terbabit. Hai, siapa pulak? 

Siasat punya siasat, dia tu Mamat Indonesia. Tapi taklah sekacak Irwansyah. Orangnya macam selekeh dan berambut Afro. Agaknya, mamat ni bodyguard Achalah kot yang diamanahkan oleh Irwansyah untuk menjaga kekasihnya itu. Haa, tahu pula takut kena rampas.
 

Hai, macam-macam ceritalah budak-budak zaman sekarang ni!

MURAI BATU:  Betul ke Acha tak nak berlakon langsung dengan produksi Malaysia? Patriotik sangat ke atau nak jaga ’standard’? 

Murai

Leave a Reply