Macam-Macam Gosip Hangat Miss Propa!
[
Tonton video ]
KL, 6 SEPT 2008: Cerita gosip dunia artis ini tidak pernah terhenti. Minggu ini banyak cerita menarik yang Miss Propa hendak kongsi dengan peminat.
Antaranya, bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama (AF1), Liza atau nama sebenarnya, Norlizawaty Mohd Ismail yang sudah menjadi tunangan orang. Jejaka kacak yang bertakhta di hatinya itu adalah Yuszainizam Mohd Yusof. Khabarnya mereka bertunang selepas 3 tahun bercinta.
Tapi sumber Miss Propa cakap, hubungan mereka sebenarnya lebih lama, iaitu sebelum Liza masuk AF lagi. Kalau tidak aral melintang, mereka akan mendirikan rumah tangga awal 2009. Tahniah Liza dan Yus.
Minggu ini Miss Propa juga dengar cerita tentang artis remaja Diana Danielle. Kenapa pula? Khabarnya Diana baru saja membeli rumah di Goh Tong Jaya, dekat Genting Highlands yang harganya mencecah jutaan ringgit. Amboi, muda-muda lagi dah beli rumah, baguslah.
Tapi jangan salah sangka kerana ia bukan sponsor daripada sugar daddy tetapi hasil wang simpanan Diana sejak menjadi pelakon dan model iklan. Khabarnya, rumah itu tengah dihias oleh seorang pereka dalaman. Kalau cepat siap, dapatlah Diana beraya di rumah barunya itu. Kelas!
Dalam pada itu, Miss Propa naklah berpesan kepada artis kita, kalau menempah baju raya tu, beringatlah sikit. Janganlah tempah sampai tak reti nak bayar!
Bukan apa, ada pereka fesyen Miss Propa mengadu ada segelintir artis yang dah masuk raya tahun ini masih belum bayar baju rayanya tahun lepas! Aiii… kongsi raya ka… jumpa lagi minggu depan!
Klik di sini untuk menonton Miss Propa episod 21
Murai