Fara Fauzana Sudah Mohon Maaf


Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2008:   Kesilapan pengumuman yang dibuat oleh penyampai Hot FM, Fara Fauzana, berhubung Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dilaporkan dalam ruangan gosip Murai Batu di portal hiburan ini mulai semalam, diakui oleh pengurusan stesen radio terbabit.

Sehubungan itu, pihak Hot FM dan Fara Fauzana memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terbabit.

Berikut adalah e-mel yang dihantar kepada murai.com.my oleh Network Publicist stesen radio berkenaan, Khairina Khiradin, sebentar tadi.

“Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh murai.com.my  pada 11 September 2008, penyampai Hot FM Fara Fauzana secara terbuka memohon maaf atas kekeliruan yang tercetus dalam sebuah segmen kelolaan beliau pada Rabu, 10 September 2008.


“Untuk pengetahuan, Fara tidak berniat untuk mengelirukan para pendengar berkenaan pengumuman beliau tentang kertas ujian bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada hari tersebut adalah matapelajaran Bahasa Inggeris.

“Kekeliruan tersebut telah diperbetulkan dengan 8 minit kemudian pada hari yang sama dengan mengumumkan kertas ujian untuk hari tersebut adalah matapelajaran Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

“Kami berharap dengan penjelasan ini, segala persoalan telah terjawab.

Mulai semalam, murai.com.my melaporkan luahan kekecewaan dan komen guru, ibu bapa dan orang ramai terhadap kesilapan yang dilakukan Fara atau Fafau apabila telah tersilap menyebarkan info dan ucapan bahawa Rabu lalu, murid-murid di seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR bagi kertas Bahasa Inggeris (BI), sedangkan yang sebetulnya adalah kertas Matematik.

Murai

Leave a Reply