Amaran Diaz Kepada Aniston



DIAZ

LOS ANGELES - Dua aktres terkenal, Cameron Diaz dan Jennifer Aniston bertelagah kerana berebut model kacak, Paul Sculfor, lapor sebuah akhbar semalam.

Perbalahan antara mereka mula timbul selepas Aniston, 39, mula menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki Diaz, 36, yang juga penyanyi terkenal, John Mayer pada April lalu.

Bagaimanapun, Aniston yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Sculfor yang kini teman lelaki Diaz, dilaporkan menghubungi model itu semula.


ANISTON

Satu sumber mendakwa Aniston menghubungi semula Sculfor, 36, dengan berpura-pura menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanyakan tempat di London, Britain sebelum semakin kerap berbalas-balas SMS.

“Diaz tidak berasa terancam kerana yakin kekasihnya itu hanya melayan Aniston sebagai seorang rakan,” katanya.

“Bagaimanapun, Diaz berasa terganggu kerana Aniston masih menghubungi Sculfor dan mahu aktres itu berhenti berbuat demikian,” katanya. - Agensi

Kosmo

Leave a Reply