Jangan Lupa Drama Takbir Suci 3 Di Astro!


Teks &  foto oleh Razif Rosdi

Tidak lengkap beraya tanpa Astro kerana ‘macam-macam ada’ untuk ada bagi memeriahkan suasana kunjung mengunjung bermula 1 Syawal ini. Tidak kira Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Ceria, Astro Kirana mahupun saluran lain, semuanya menyajikan program bermutu dan menarik bagi tatapan seisi keluarga.

Kalau sebut tentang drama, sudah beberapa musim kita disayukan dengan kisah Takbir Suci. Kali ini Takbir Suci 3 kembali dengan cerita yang lebih menyentuh perasaan lakonan Fauziah Nawi, Tam Suhaimi, Raja Azura dan Farish Aziz. Ia akan ke udara di Astro Ria pada malam raya.

Selain Takbir Suci 3, Astro turut menyiarkan beberapa telemovie yang akan memikat hati penonton seperti filem Melayu terbaru termasuk Kala Bulan Mengambang, Cuci dan Anak. Tidak ketinggalan program seperti Amboi, Amboi, Amboi bersama Azwan Ali dan artis popular tanah air.


Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.

“Hiburan yang berterusan. Itulah objektif kami setiap kali menjelang Syawal. Rancangan raya kami bermula dari petang raya hinggalah sepanjang Aidilfitri nanti. Kelima-lima saluran Astro akan membariskan pelbagai program menarik anda semua,” kata Zainir pada satu majlis di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Astro turut menjemput sekumpulan anak yatim dari Rumah Limpahan Kasih dengan memberikan sumbangan hamper dan duit raya.  Mereka dihiburkan dengan lagu raya oleh  Noryn Aziz, Dato’ DJ Dave, Awie dan Kumpulan Devotes.

Turut kelihatan, ramai artis terkenal seperti Azwan Ali, Farah AF2, Tam Suhaimi, Farish Aziz dan Reza AF. Malam itu, acara diriuhkan dengan celoteh 2 pengacara popular, Sarimah Ibrahim dan Zainal Alam Kadir.

Berikut antara program khas Aidilfitri di Astro

1. Takbir Suci (Astro Ria, malam raya)
2. Minah Lodeh Tipat Lepat Berayalah Pulak 
3. 5 Kunci Syurga 
4. Cinta Yang Terindah 
5. Joe & Faridah 
6. Amboi Amboi Amboi 
7. Cahaya Lailatulqadar 
8. Kelab Pop Raya
9. Gegar Gitu Apek Raya
10. Trek Selebriti Raya
11. Ria Sentral Raya
12. Deko Bersama Eric Raya

 

Murai

Leave a Reply