Archive for September, 2008

Kenapa Iqram Beraya Dengan Fouziah Gous?


Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung.com
Solekan: Nurul Shokur Touch
Baju: Rose MZ Kajang

 
Penglibatannya sebagai pelakon semakin digemari dan mendapat sambutan ramai. Lihat sajalah, setiap kali muncul drama baru, nama Iqram Dinzly pasti tercalon sebagai pelakonnya tidak kiralah watak utama atau pun kecil. Selain berlakon, Iqram juga aktif menjadi hos untuk beberapa stesen TV.

Yang penting 28 September 2008 adalah hari lahir Iqram yang le-27. lalu temubual bersama Iqram Dinzly yang dihubungi, baru-baru ini.

MURAI: Apa perkembangan terbaru Iqram?
IQRAM: Sekarang ini, Iqram tengah sibuk shooting drama RTM, Teratak Impian. 

MURAI: Tidak bercadang untuk anjurkan birthday party pada hari raya?

IQRAM: Ikutkan hati memang ada. Tapi tak tahu lagi.

MURAI: Berapa lama Iqram bercuti raya?
IQRAM: Pagi 29 September, Iqram pulang ke kampung. Iqram cuti sampai 6 Oktober ini.

MURAI: Bagaimana dengan persiapan raya?
IQRAM: Tahun ni, Iqram rasa seronok sangat nak beraya. Tak tahu kenapa. Sebab itulah Iqram beli sampai 4 pasang Baju Melayu.

MURAI: Tak cadang nak buat rumah terbuka?
IQRAM: Insya-Allah, malah kalau boleh Iqram bercadang nak kongsi buat open house dengan Fouziah Gous. Tapi tarikh dan tempatnya masih belum pasti lagi. Kami berkawan rapat, jadi seronok dapat sambut hari raya dengan kawan-kawan.

MURAI: Apa kenangan pahit Iqram menjelang Syawal?
IQRAM: Tahun 2003, Iqram kehilangan Kakak.

MURAI: Apa yang manis pula?
IQRAM: Tahun lepas Iqram pergi umrah. Waktu itu, Iqram kena berpuasa selama 16 jam. Ia pengalaman yang menarik.

MURAI: Selain baju, apa lagi yang Iqram siapkan untuk sambut raya?
IQRAM: Iqram banyak belikan kuih raya untuk famili. Iqram juga ada sediakan duit raya untuk mereka. Yang penting, tahun ni Iqram banyak keluar bajet. Tapi Iqram buat semua ni untuk famili, kira OKlah.

MURAI: Apa projek Iqram selepas raya?
IQRAM: Selepas raya, Iqram akan sambut shooting drama Teratak Impian. Insya-Allah Iqram juga akan terbang ke New Zeland untuk rakaman episod khas Gegar U. Lepas tu, Iqram akan sambung berlakon di Malaysia.
 

Murai

GengMurai Beraya Glamor Dengan Artis!


Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Nor Aida Ismail

Mungkin sudah biasa kita melihat artis bergambar dengan artis untuk fotosesi hari raya. Namun sebagai satu kelainan, murai.com.my memberikan kelebihan kepada ahli portal ini iaitu GengMurai untuk bergambar glamor dengan artis popular tanah air.

Acara itu berlangsung di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, baru-baru ini, pada majlis berbuka puasa anjuran Astro dan Azwan Ali Procductions.

Sekalung terima kasih buat artis seperti Mila, Rosma, Khai, Julia Ziegler, Farah Asyikin, Jue Aziz, Raja Farah, Bob, Ellie Suriyati, Mas Satay, Zahida Rafik, Farawahida, Fiz Fairuz dan Sarimah Ibrahim yang begitu sporting berposing dengan GengMurai.
 

Mazlinah & Haris
Artis: Mila, Raja Farah, Jue Aziz & Bob
Hubungan: Kekasih
 

“Rasa best sangat! Sebab tak pernah ada peluang macam ini. Tak sangka semua artis mesra dan friendly. Paling best bila bergambar dengan Raja Farah dan Bob. Mood raya sudah terasa,” kata Mazlinah

“Secara keseluruhannya saya memang seronok sangat. Saya tahu tentang perkara ini last minute. Mazlinah nak buat surprise.Paling best sudah tentu berposing dengan Raja Farah. Dia peramah,” ujar Haris pula.

Zahairie & Hidayat Marzuki
Artis: Mila, Farawahida & Zahida Rafik
Hubungan: Teman Baik

“Rasa saya begitu dihargai. Program sebegini dapat merapatkan hubungan peminat dengan artis. Memang tak boleh dapat di tempat lain, hanya murai.com.my. Saya paling seronok bergambar dengan Zahida Rafik. Saya rasa macam ada chemistry pula dengan dia. Yang penting, saya akan gantung foto kenangan ini di dinding bilik saya. Kalau boleh tahun depan saya nak bergambar dengan Dato’ Siti Nurhaliza,” kata Zahairie.

Suriyati & Abdul Rahman Kamarudin
Artis: Mila, Sarimah Ibrahim, Fiz Fairuz
Hubungan: Adik Beradik

“Best gilalah. Saya memang minat Kak Mah atau Sarimah. Tak sangka, akhirnya saya dapat bergambar dengannya. Sebab itulah saya terkedu berdiri sebelah dia. Tambah menarik, saya ditemuramah Azwan Ali untuk Amboi, Amboi, Amboi… Raya. Adik saya pun excited tahap maksima. Balik rumah saja, dia terus daftar jadi GengMurai. Sekarang, semua peraduan dalam murai.com.my, kami berdua akan cuba,” kata Suriyati.

Nur Amira & Puan Norliah
Artis: Mila, Ellie Suriyati & Mas Satay
Hubungan: Anak Beranak

“Hari ini saya rasa macam artis pula. Macam tak percaya. Saya bertuah sebab dapat jumpa dan makan dengan semua selebriti popular macam Dafi, Mila, Azwan Ali, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Mak saya pun cakap seronok. Bila balik rumah, dia menyesal pula tak posing sakan dengan artis. Kalau boleh, saya nak bergambar dengan Fasha Sandha,” ujar Amira.

Hema & Aizat
Artis: Mila, Rosma & Khai
Hubungan: Sepupu

“Terkejutnya saya dapat panggilan dari murai.com.my. Lebih terkejut bila dapat jumpa dan bergambar dengan ramai artis. Inilah kenangan yang tidak dapat dilupakan. Rasa teruja sebab mimpi jadi kenyataan. Saya pertama kali berjumpa Khai dan Rosma. Dia orang memang romantis. Saya akan beritahu tempat sepejabat, biar kecoh. Ramai tumpang gembira dan ada juga yang cemburu,”  kata Hema.

Azwan Hairani  & Zafran
Artis: Julia Ziegler & Farah Asyikin
Hubungan: Teman Rapat

“Julia dan Farah memang friendly. Portal murai.com.my memang kreatif kerana saya tidak pernah lihat portal lain dan majalah hiburan tidak pernah pun muncul dengan idea eksklusif macam ini. Foto sesi ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara peminat dan artis. Pada kesempatan ini saya dan rakan saya, Zafran, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua umat Islam dan kakitangan Astro.”

Murai

Di Mana Artis Beraya?


DARI BAWAH ikut arah jam: A-MEER beli baju raya disaat akhir, manakala IMRAN pula balik Singapura menaiki bas dan Irma pula meraakan keseronokan raya semakin berkurangan.

SYAWAL bakal menjelang, mungkin esok, mungkin juga lusa. Tetapi artis-artis muda kita tetap sibuk memandang jadual kerja mereka yang sentiasa saja padat.

Namun, sibuk macam mana sekali pun mereka, lebaran tetap diraikan dengan keluarga di kampung halaman masing-masing.

Dan untuk lebaran kali ini, kita tinjau ke mana destinasi raya artis-artis muda kita tahun ini. Selamat Hari Raya.

A-meer

Buat vokalis kumpulan Sofaz ini pula, raya tahun ini lebih meriah kerana berkemungkinan dia dan anggota kumpulan yang lain akan bercuti selama sebulan.

“Memang lama, sebab pemain keyboard kami Rodie akan balik Sabah, pada 23 Oktober baru dia balik ke Kuala Lumpur, jadi kami semua pun bercutilah sepanjang ketiadaan Rodie,” katanya.

Tambah A-meer yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur, dia akan pulang beraya di Bukit Berutung, Selangor. Walaupun jarak perjalanan tidaklah jauh mana, debaran raya tetap dirasakan.

“Saya balik dekat saja, tetapi itu kira kampunglah juga (ketawa). Hari raya saya dan keluarga memang akan berkumpul di rumah emak dan ayah di sana, meriah jugalah.

“Lagipun saya ada sembilan orang anak buah yang menanti duit raya. Buat peminat atau kawan-kawan yang mahu menziarah sila datang ke rumah saya di Bukit Beruntung,” katanya anak keempat daripada lima beradik ini lagi.

Dia hanya akan membelinya pada saat akhir di Jalan Tunku Abdul Rahman, katanya kerana sibuk dan tiada masa untuk membeli.

Imran Ajmain

Pelantun lagu popular Seribu Tahun ini yang sedang sibuk dengan rakaman album keduanya ini bakal pulang ke kampung halamannya di Hougang, Singapura bersama Adeep Fabulous Cats.

“Saya memang cari kawan-kawan dari Singapura, senang nak balik sama. Tahun ini saya memang tidak sabar nak balik raya, dan kami balik 25 September lalu. Akan bercuti selama seminggu lebih dan selepas itu saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan rakaman album,” ujarnya.

Jejaka berusia 27 tahun ini nampaknya lebih selesa pulang pada malam hari dengan menaiki bas sahaja. Meskipun sibuk dia tidak lupa pada keluarganya apabila dia turut membeli buah tangan untuk ibu bapanya di Singapura.

“Saya hanya beli kuih beras dan cakar ayam yang jarang dijumpai di Singapura. Kira penuh jugalah beg saya nanti,” ujarnya yang mempunyai tujuh pasang baju Melayu baru.

Que Haidar

Pelakon yang pernah berlakon dalam belasan buah filem ini antaranya Cinta, Rock dan KL Menjerit 1 mengatakan raya ini dia akan ke kampung halamannya di Felda Taib Andak, Kulai Johor.

Katanya, telah membereskan kerjanya terlebih dahulu sebelum berangkat ke Johor pada 28 September lalu dan bercuti selama seminggu.

“Saya lebih senang bawa kereta untuk pulang ke kampung kerana keluarga saya sudah pesan bermacam jenis kuih raya untuk dibawa balik. Balik kampung hari tu, kereta saya penuh dengan kuih raya,” ujarnya.

Farah Wahida

Penyanyi yang popular dengan lagu Tanpa Mu ini sudah pulang ke kampung halamannya, Taiping Perak bersama pak ciknya pada 26 September lalu.

Jelasnya, lagi dia akan bercuti selama seminggu dan akan balik ke Kuala Lumpur pada hari raya ketujuh.

“Raya tahun ini, rasanya saya ambil cuti yang agak panjang berbanding raya tahun-tahun sebelum ini, ini kerana saya tidak berapa sibuk sebelum raya.

“Tetapi selepas raya saya akan mula sibuk dengan persiapan album ke tiga dan album yang akan dipasarkan di Indonesia,” katanya.

Farah juga ditugaskan untuk membeli baju raya untuk adik kelima dan keenamnya kerana dia mengatakan ini merupakan tugas rasminya sejak bergelar artis.

Shila

Anak gadis kepada penyanyi ND Lala yang semakin popular ini memberitahu, dia pulang ke kampung halaman bapanya di Ipoh, Perak beberapa hari sebelum raya.

Kemudian, setelah menyambut raya di Ipoh, mereka sekeluarga akan berangkat pula ke kampung ibunya di Banting, Selangor.

“Ini kebiasaan keluarga saya, saya hanya mengikut saja, sebab yang memandunya bapa saya. Selepas itu kami akan segera pulang ke Kuala Lumpur pada pagi hari raya kedua kerana saya terlibat dengan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3,” ujarnya lagi.

Shila yang menyerahkan seratus peratus persiapan raya pada ibunya mengatakan, raya tahun ini dia tidak meraikan seperti sebelum ini kerana pada 6 sehingga 16 Oktober nanti dia akan menghadapi peperiksaan.

“Orang balik kampung anyam ketupat, saya sibuklah menganyam buku,” katanya yang mempunyai lapan pasang baju raya.

Diddy

Penyanyi berusia 23 tahun ini akan bercuti raya selama dua minggu iaitu seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya.

Diddy sekarang sudah berada di kampungnya di Pasir Gudang, Johor dan balik dengan memandu kereta sambil ditemani adik-beradiknya yang lain.

“Sebelum puasa saya sudah bagi duit pada emak untuk siapkan segala persiapan seperti beli langsir dan kuih muih,” katanya.

Jelas ada kelima daripada enam adik beradik ini lagi, tahun ini dia mempunyai sepasang baju Melayu berwarna hijau kebiruan yang sedondon dengan baju tunangnya.

“Biasanya selain melawat saudara mara, saya akan menziarah rumah tunang yang terletak di belakang rumah saya saja. Saya juga ada beli buah tangan untuk tunang tetapi mana boleh beritahu pembaca Kosmo! Malulah,” ujarnya dalam tawa.

Selepas menghabiskan cuti raya, Diddiy akan akan mula masuk ke studio untuk merakamkan lagu untuk album keduanya.

Intan Ladyana

Bagi pelakon jelita, Intan Ladyana, kemeriahan raya tidak begitu dirasai disebabkan dia hanya beraya di ibu negara bersama famili dan sanak saudara lain.

“Hari raya pertama, saya pergi ke Kedah sekejap di rumah makcik manakala hari kedua pula saya pergi Langkawi untuk bercuti.

“Saya tidak buat sebarang persiapan untuk lebaran ini kerana sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Sutera Maya bagi 60 episod.

“Bayangkan dalam kesibukan orang lain beraya, saya, pelakon serta seluruh krew terpaksa memulakan penggambaran raya

keempat,” katanya dalam nada sedikit kecewa.

Irma Hasmie

Pelakon yang sentiasa mengukir senyuman manis iaitu Irma Hasmie nampaknya beraya sakan tahun ini kerana dia mendapat cuti panjang selama 10 hari bermula beberapa hari sebelum raya.

“Saya akan pulang beraya di kampung halaman sebelah emak, Ropitah Abdul Hassan, 52, yang terletak di Hulu Selangor.

“Kalau nak bercakap tentang sambutan lebaran di usia saya sekarang, ia kelihatan biasa-biasa sahaja dan tiada yang menarik, berbanding dengan zaman kanak-kanak.

“Yang pasti, saya hanya akan pakai baju baru pada pagi raya, selebihnya selepas itu saya akan tukar pakaian sebab kena masuk ke dapur menolong sanak-saudara.

“Kalau tak ringan tangan bantu mereka di dapur, pasti saya akan malu sendiri nanti,” kata Irma yang akan menyambung penggambaran drama berjudul Awan Dania untuk terbitan Astro arahan Azizi Chunk Adnan.

Kosmo