Fasha Dah Bersedia Nak Kahwin?


KL, 13 NOV 2008:  Dalam riuh orang bercakap tentang perkahwinan Mawi & Ekin, Ashraf Sinclair & Bunga serta Rusdi Ramli & Sharon Paul, Murai Batu dengar juga gosip baru tentang pelakon kontroversi yang masih digam sebahagian besar pihak media iaitu Fasha Sandha.

Cerita dia ganggu rumah tangga Nora Danish dan Rizal Ashram atau Jejai makin reda, begitu juga gosip hubungannya Datuk S dan anak raja Johor. 

Terbaru, Murai Batu dapat tahu, Fasha dan bersedia nak kahwin dan tengah sibuk membuat perancangan. Mesti ramai nak tahu siapa bakal suami Fasha itu bukan? Ada yang cakap dengan Jejai, ada yang cakap dengan kerabat diraja dan ada juga kata dengan seorang lelaki kaya yang suka main sukan polo.

Rasanya, biarlah Murai Batu rahsiakan dulu siapa namanya itu, bukan apa, malas nanti kena serangan hendap oleh Fasha yang bersuara F Sharp itu. Bukan apa, selagi ia tak keluar dari mulut Fasha sendiri, Murai Batu sengaja tidak mahu menyiarkannya.

Apa yang Murai Batu boleh cakap, calon suami Fasha itu seorang yang kaya dan bertaraf socialite. Patutlah Fasha nampak senyum melebar semasa hadir ke Anugerah Skrin 2008 (ASK2008), minggu lepas. Cuma Murai Batu tak pasti kalau Fasha kahwin nanti, ada ke press hendak pergi buat liputan. 

Dalam pada itu, sumber berkata pada malam ASK2008 juga, Fasha sempat lagi bertegur sapa dengan Datuk S yang turut hadir. Tapi apabila ada pihak hendak merakamkan gambar mereka, cepat-cepat Fasha angkat kaki dan blah dari situ. 

MURAI BATU: Nak tengok siapa akhirnya artis yang akan menjadi suami kepada Fasha Sandha.

Murai

Leave a Reply