Archive for the ‘Alicia Keys’ Category
Dare To Be Sexy
Add colour to office dressing with silky pink blouse with sexy pencil skirt and heels.
Fashion brand Bebe’s Autumn 2008 collection draws on its signature sexy style. CHEONG PHIN writes.
The one-shoulder paisley print top in jacquard adds a dash of sexiness to casual dressing with skinny jeans and heels for the woman at leisure.
Sexy is back with strapless evening dress in striking blue from Bebe Holiday collection for winter 2008.
REGARDLESS of age or marital status, nearly every fashionable woman in the world today wants to look stylish, strong and sexy when they go to work or make their entrances at parties and social events.
They want to look like the curvy Eva Longoria (aka Gabrielle Solis in Desperate Housewives) or any of the four fabulous women from Sex and the City. More importantly, they want to be noticed and admired for the way they look.
Helping to ensure women succeed is international fashion brand, Bebe. It had a grand opening for its second boutique recently at 1 Utama Shopping Mall, Petaling Jaya.
Pronounced “bee-bee”, this popular Californian fashion label has been synonymous with sexy, sophisticated body-conscious styles for the contemporary American woman since Manny Mashouf - the company’s chairman - founded its first boutique in San Francisco in 1976. It was a time when three categories dominated the women’s wear market then - Junior, Bridge and Missy.
Having discovered a demographic that was neither Junior nor Bridge, Mashouf created a distinctive and inspirational fashion collection for this neglected group of stylish women that lent it an unmistakable hint of sensuality. The formula worked in his favour and the signature sexy image of the Bebe lifestyle continues to thrill women of all ages.
In fact, this was how the name “bebe” was created because it represented the philosophy of the time (”to be or not to be”). Moreover, it was also the Persian name for the queen in a deck of cards, to remind Mashouf of his Iranian roots.
A-list celebrities such as Alicia Keys, Ciara, Eva Longoria, Jennifer Lopez, Rebecca Romijn and Mischa Barton are just some of the big fans of the brand. It’s been reported that Longoria will head the Spring 2009 campaign after a successful run with the curvaceous Romijn (aka Mystique in the blockbuster X-Men) for spring this year.
A fashion showcase of the Autumn 2008 collection was presented at the opening. The collection of apparel and accessories did not disappoint and was dominated by the brand’s signature body-conscious styles with plenty of strong, sexy looks for work, play and leisure.
Ranging from a bright red corseted top with ruffle details to voluminous paisley print separates in silky jacquard and girly puff-sleeve blouses in sheer georgette, these can dress up the sexy Bebe career woman when the versatile separates are matched with tight pencil skirts and heels. Or dress down for leisurely days with skinny jeans and leggings.
Playful sensuality surrounds the party collection. Two bare-chested male hunks accompanied the models clad in sexy dresses that showed off feminine curves. The bandage dresses that were made famous by Herve Leger in the 1980s were replicated at a fraction of the price, or less. They looked super hot and so short that it seemed hard for the wearer to sit down.
The merchandise in the stores is updated regularly and Bebe fans will be delighted to know that the Holiday collection for Winter 2008 will be arriving soon for the festive season. Expect to see dresses in luxurious silk, organza and glittering sequins for dress-up year-end festivities as well as the return of the jumpsuit in silky tangerine.
With an edgy advertising campaign that features model Bianca Balti posing against a raw industrial backdrop (like used tyres), the outstanding vibrant colours resonate with the festive mood of the seasonal collection.
To complement the wide range of sexy separates and dresses, Bebe has a full range of shoes, handbags and accessories.
New Straits Times
Jennifer Sudah Sedia Cabar Rihanna, Beyonce
Susunan Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Tragedi kematian ibu, abang dan anak saudaranya hampir membunuh semangat pelakon filem Dreamgirls, Jennifer Hudson
KERJAYA seni Jennifer Hudson, 27, yang mula menarik perhatian menerusi American Idol musim ketiga kian memuncak.
Ini membuktikan biarpun berbadan gempal atau lebih tepat menggunakan istilah ‘plus size’, Hudson antara contoh terbaik terus unggul dan berani mengetengahkan bakat seninya. Filem muzikal Dreamgirls pada 2006 menerusi watak Effie yang dilakonkannya melonjakkan lagi nama bintang kelahiran Illinois, Chicago.
Filem Dreamgirls turut memberikan sumbangan besar dalam kerjaya seninya apabila dia memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di majlis Anugerah Golden Globe dan Academy.
Ironinya, Beyonce Knowles yang turut berlakon di dalam filem itu, dilihat turut tercabar dengan kehadiran Jennifer.
Namun di saat hatinya sedang menikmati peringkat kegembiraan, Oktober lalu, Hudson diuji dengan tragedi kematian ibunya, Darnell Donnerson, 57, abangnya, Jason Hudson, 29 dan kehilangan anak saudaranya, Julian King, 7, yang turut berakhir dengan kematian tragis.
Ketika Jennifer meratapi, menangisi dan terpaksa membatalkan beberapa siri persembahan membabitkannya kerana kehilangan mereka yang disayangi itu, dia bersyukur kerana mendapat sokongan moral daripada peminat yang tersayang.
Menerusi laman maya, Myspacenya, Jennifer menulis ayat yang jelas meluahkan isi hatinya, berbunyi: “Terima kasih semua. Saya mahu berterima kasih kepada setiap dan semua daripada anda di atas.
“Ingatan dan doa ketika saya berdepan dengan masa yang begitu sukar ini. Saya dan keluarga mendapat keselesaan dan kekuatan daripada sayang dan rasa bimbang anda semua,” katanya pada 14 November lalu.
Hampir semua pengunjung dan peminat yang singgah ke laman Myspace Jennifer Hudson pasti meninggalkan komen memberikan kata-kata perangsang dan semangat buatnya untuk terus tegar meneruskan kehidupan.
Baru saja melancarkan album sulung yang menggunakan namanya sendiri. Lagu Spotlight hasil ciptaan penyanyi Ne-Yo semakin hebat memanjat carta lagu dan menarik perhatian khususnya buat peminat setia Jennifer.
Menandatangani kontrak bersama label Arista Records pada November 2006, lagu lain yang turut dimuatkan di dalam albumnya ialah lagu And I’m Telling You I’m Not Going yang pernah menjadi runut bunyi filem Dreamgirls dan All Dressed In Love (filem Sex And The City).
Selain Ne-yo, Jennifer turut bertuah ketika namanya berada di puncak, ramai komposer besar seperti TPain, Stargate, Timbaland dan Dianne Warren mahu bekerja dengannya.
Jennifer juga dikatakan bakal menyambung tradisi penyanyi hebat seperti Aretha Franklin sekitar tahun 60-an, Chaka Khan (70-an), Whitney Houston (80-an) dan Mariah Carey (90-an).
Bagaimanapun, Jennifer perlu berdepan dengan kehebatan Rihanna dan Beyonce Knowles yang tidak kurang hebatnya.
Menyedari kepada persaingan sihat ini, dia masih tegar untuk memberi impak kepada peminat seni. Menerusi kejayaan yang dikecapinya hari demi hari, penyanyi bersuara lantang ini akan terus memastikan impian dan mimpinya dibuai pada landasan yang betul.
“Saya tahu pihak di luar sana mempunyai jangkaan atau harapan yang amat tinggi terhadap saya apatah lagi sejak filem Dreamgirls mula mendapat perhatian. Saya tidak mempunyai konsep tertentu di dalam minda sejak mula merakamkan album sulung ini. Saya mahu menunjukkan sisi fleksibel dan serba boleh yang ada dalam diri.
“Suara saya mempunyai karakter berbeza dan saya melihat setiap lagu mempunyai jalan cerita yang berbeza. Begitu juga dengan kisahnya saya juga seorang pelakon kena bijak membezakan watak,” katanya yang turut berlakon di dalam filem Sex & The City disiarkan pada tahun ini.
Menyentuh kisah peribadinya, Jennifer mula keluar bersama dengan James Payton pada tahun 1999. Ketika itu, umurnya baru 18 tahun. Mereka berasal dari tempat yang sama iaitu Chicago.
Bagaimanapun hubungan itu berakhir sekitar Disember 2007. Jennifer kini sudah bertunang dengan David Otunga yang juga dikenali sebagai Punk. Punk melamarnya ketika hari lahir Jennifer yang ke-27 dan hubungan mereka berjalan tidak sampai setahun.
Profil: Jennifer Hudson
Nama sebenar: Jennifer Kate Hudson
Tarikh lahir: 12 September 1981
Dilahirkan: Illinois, Chicago
Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon
Info Jennifer Hudson
Jennifer menyatakan, tindakan arwah ibunya memaksa beliau menyertai American Idol sebagai pencetus kejayaannya kini.
Turut berduet dengan juara American Idol musim ketiga, Fantasia Barrino menerusi lagu I’m His Only Women.
Filem ketiga yang bakal muncul lakonannya ialah Winged Creatures adaptasi novel tulisan Roy Freirich. Memegang watak sebagai Kathy Archenault, Hudson bakal berlakon dengan pelakon hebat seperti Forest Whitetaker, Kare Beckinsale dan Dakota Faning.
Bakal menyusul filem keempat ialah The Secret Life of Bees yang menjalani penggambaran pada Januari lalu. Diberi peranan sebagai Rosaleen, Hudson berlakon di sisi Queen Latifah, Alicia Keys dan Dakota Fanning.
Berita Harian
Pasangan Contoh Di Hollywood
Susunan Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Rap
HUBUNGAN cinta yang terjalin antara pelakon Jessica Biel, 26, dengan penyanyi popular, Justin Timberlake, bukan rahsia lagi sehingga dipilih menjadi pasangan contoh di Hollywood.
Kini Jessica juga berminat menjadi penyanyi dan impiannya itu bakal direalisasikan Justin apabila terbabit secara keseluruhan dengan pembikinan album sulung Jessica.
Sebagai penghibur terkenal Hollywood, Justin bukan saja terbukti handal sebagai penyanyi tetapi juga komposer dan penerbit album. Malah pernah bekerjasama dengan Madonna.
“Memang benar kami ada berbincang mengenai pembikinan album. Selain bertindak sebagai penerbit dan penulis lagu, Justin juga mahu menyumbang suaranya sebagai penyanyi latar.
“Sungguh mengharukan apabila melihat kekasih hati bersungguh-sungguh membantu. Namun ketika bekerja, Justin seorang yang sangat serius dan mementingkan kesempurnaan.
“Cuma apa yang saya bimbangkan, tumpuan berlebihan mengenai kerjasama kami di dalam album ini akan menyebabkan hubungan cinta kami lebih diperkatakan berbanding bakat nyanyian saya,” katanya.
Barangkali ramai yang tidak tahu, antara lakonan dan nyanyian kecenderungan Jessica lebih kepada nyanyian. Malah seawal pembabitan dalam bidang seni dan sebelum menjadi popular, dia pernah terbabit dalam pementasan Annie and The Sound of Music.
Meskipun pembikinan album sudah dimulakan, pelbagai perkara masih dirahsiakan Jessica, misalnya, mengenai genre muzik dan konsep yang bakal diketengahkan.
Menurut majalah Star, album itu mempunyai gabungan ciri-ciri muzik penyanyi sensasi Madonna dan Alicia Keys. Bagaimanapun menerusi temu bual Jessica sebagai penghias muka depan Marie Claire untuk keluaran Disember, wanita jelita ini mengakui lebih gemarkan lagu lama.
“Saya suka semua lagu yang menghiburkan terutamanya lagu lama. Saya sukakan lagu Whitesnake,” katanya.
Beralih kepada hubungan cintanya, ura-ura mengatakan pasangan ini sudah bersedia menjadi suami-isteri. Gosip ini dikukuhkan lagi dengan berita pembelian rumah berharga AS$2.9 juta oleh pasangan ini di New York.
Jessica ketika ditanya Marie Claire berhubung soal perkahwinan dan mempunyai anak, mengakui sebagai seorang wanita normal semestinya dia mengharapkan kehidupan yang indah seperti itu.
“Bagi saya perkahwinan dan mempunyai anak satu proses organik dalam kehidupan. Sekiranya tiba masa yang sesuai, saya akan mengatakan ya. Cuma buat masa ini, ia memang tiada dalam perancangan kami,” katanya.
Harian Metro