Archive for the ‘Amitabh Bachchan’ Category

Serangan Bollywood 2009



SEKUEL yang dinanti sejak 2002, Raaz - The Mystery.

SEBAIK sahaja tahun 2008 menghilang, sesuatu yang segar menjelang 2009 ini berlaku dalam industri perfileman kedua terbesar dunia, Bollywood.

Dicetuskan kejayaan box-office dua buah filem, Rab Ne Bana Di Jodi dan Ghajini, Bollywood kini melihat ke depan untuk menghasilkan produk-produk berkualiti yang bakal menarik penonton menyerbu ke pawagam.

Daripada filem bajet rendah dan sekuel filem seram sehinggalah filem drama period serta beberapa filem mega bajet, industri filem Hindustan pada tahun ini bakal menawarkan kepelbagaian.

‘Serangan’ bermula dari Disember lalu dengan penayangan dua filem Khan - Shah Rukh Khan dalam filem Rab Be Baba De Jodi dan Amir Khan menerusi Ghajini. Kedua-dua karya ini telah membantu membangkitkan industri perfileman Bollywood.

Para pembikin filem berharap untuk mengatasi trauma global terutamanya selepas reputasi India terjejas akibat serangan pengganas Mumbai dengan pakej 30 filem pada suku pertama 2009.

Walaupun tiada filem dijadual ditayangkan pada minggu pertama, minggu kedua 2009 akan digemparkan dengan enam filem bajet rendah iaitu Bad Luck Govind, Horn Ok Pleassss, Kaashh… Mere Hote, Khallballi - Fun Unlimited, 42 Kms… dan The President Is Coming.

Pakar dalam industri telah meramalkan bahawa pasaran filem Hindustan akan mampu mengejar momentum dengan penayangan filem komedi aksi arahan Nikhil Advani, Chandni Chowk to China, pada 16 Januari ini.

“Memang diakui industri filem Bollywood sedang melalui masa yang sukar tetapi Rab Ne Bana Di Jodi dan Ghajini telah berjaya menjana nafas baru. Filem-filem ini telah meningkatkan harapan untuk menghasilkan karya berkualiti berlainan setiap minggu sepanjang tahun 2009,” kata salah seorang pengedar filem di Delhi, Joginder Mahajan.

Ini juga merupakan kali pertama beberapa pengarah dan pelakon India-Amerika membikin filem di India seperti Varun Khanna (Bad Luck…), Kunal Roy
CHANDI CHOWK TO CHINA antara filem bulan Januari Bollywood yang dijangka bakal pecah panggung.

Kapur (The President Is Coming), Nandita Das (Firaaq) dan Zoya Akhtar (Luck By Chance).

Tahun ini, penonton juga berpeluang menyaksikan sekuel yang dinanti-nantikan sejak tahun 2002, Raaz - The Mystery Continues. Filem yang memenangi pelbagai anugerah Slumdog Millionaire yang diadaptasi daripada buku tulisan diplomat India, Vikas Swarup juga akan menemui penonton tahun ini.

Filem karya Anurag Kashyap, Dev.D pula bakal ditayangkan pada 6 Februari dengan kandungan cerita Devdas versi moden. Sementara itu, pada 13 Februari, audiens akan menyaksikan Shah Rukh Khan berganding dengan Irfan Khan dalam filem arahan Priyadarshan, Billu Barber.

Senarai filem tahun 2009 akan diikuti dengan naskhah yang dinanti-nantikan mengenai autobiografi Rakeysh Omprakash Mehra, Delhi-6, yang dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan dan Sonam Kapoor. Turut menyinari pasaran perfileman India adalah filem lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor, Main Aur Mrs Khanna.

Filem period arahan Ketan Mehta, Rang Rasiya (Colours of Passion) yang mengisahkan kehidupan tukang cat, Raja Ravi Varma akan menemui penonton pada 27 Februari depan.

Bulan Mac pula akan menyaksikan seleksi filem daripada Shortcut - The Con Is On, Dhoondte Reh Jaaoge, Kaminey, Karma Aur Holi, Gullal, Kissan dan New York.

Tahun lalu hanya enam buah filem Bollywood meraih kejayaan box-office daripada 127 filem yang diterbitkan. Angka ini telah menyebabkan industri perfileman Bollywood kerugian besar. Namun, menurut ramalan, berdasarkan senarai filem untuk tahun ini, kutipan domestik dan antarabangsa dijangka meningkat.

Kosmo

Live Earth Concert In Mumbai Cancelled


MUMBAI : Live Earth India, a massive concert promoting environmental awareness has been cancelled due to the wave of terror attacks in Mumbai.

Celebrities from around the globe such as Pink Floyd legend Roger Waters, rockers Bon Jovi, Black Eyed Peas frontman will.i.am and Indian rapper Hard Kaur were scheduled to perform on December 7 at a Mumbai stadium.

Bollywood stars, including actors Amitabh Bachchan, his son Abhishek Bachchan and daughter-in-law Aishwarya Rai, Hrithik Roshan and Preity Zinta were also due to perform.

A joint statement released by the organisers which includes former US vice-president Al Gore, said that everyone involved with the concert was “stunned and saddened by the tragic events” in which gunmen attacked two luxury hotels and several major sites, with at least 195 dead and scores injured in the siege.

“Together, we will continue to work for solutions to the climate crisis for the good of the people of India and around the world,” the organisers said.

“But for now, our thoughts and our prayers are with the victims of this terrible attack, with the bereaved, with the people of Mumbai and with everyone across India.”

Last year’s Live Earth concerts were a musical extravaganza, with seven concerts spanning four continents, featuring 150 acts performing over a 24-hour period.

Live Earth India’ proceeds would have been channeled to charities in the country.

- CNA/jk

Channel News Asia

Aishwarya Sekat Abhishek Temui Bekas Kekasih

MUMBAI: Bintang Bollywood, Abhishek Bachchan, dilaporkan terpaksa menolak tawaran berlakon filem keluaran Yash Raj atas kehendak isterinya, Aishwarya Rai.

Perkara itu dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu Aishwarya kerana filem berkenaan bakal dibintangi bekas teman wanita Abhishek, Rani Mukherjee, sebagai pelakon utama.

Berita menyatakan bahawa pengarah Aditya Chopra menawarkan kepada Abhishek satu peranan kecil tetapi penting dalam filem berjudul Hadippa lakonan Rani Mukherjee dan Shahid Kapoor.

Bagaimanapun, khabar angin bertiup kencang bahawa Abhishek menolak tawaran itu kerana Aishwarya kurang senang melihat beliau rapat semula dengan Rani yang pernah diberitakan akan berkahwin dengannya.

Satu sumber lain menyatakan Aishwarya berasa cemburu terhadap Rani kerana pelakon itu pernah digosip akan berkahwin dengan Abhishek.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Abhishek dan Aishwarya dilaporkan akan berpindah dari rumah keluarga mereka dan tinggal berasingan.

Pasangan terkenal Bollywood itu dilaporkan merancang berpindah ke sebuah pangsapuri berhampiran pantai Juhu.

Ashwarya dan Abhishek juga kini sibuk menjalani penggambaran di sebuah hutan di Kerala dan akan berpindah sebaik kembali dari Kochi selepas menjalani penggambaran filem arahan Mani Ratnam, Ravana.

Bagaimanapun, ayah Abhishek, Amitabh Bachchan, ketika ditanya mengenai rancangan anak dan menantunya untuk tinggal berasingan menafikan berita itu.

“Mereka tiada rancangan untuk berpindah dan kami adalah sebuah keluarga besar yang gembira tinggal bersama,” katanya. - Agensi

Berita Harian