Archive for the ‘Clint Eastwood’ Category

Gosip, Tohmahan Penawar Ajaib



BRAD PITT dan Angelina Jolie bersiar-siar bersama tiga anak angkat mereka di Los Angeles baru-baru ini.

AKTRES sensasi Angelina Jolie sudah lali dengan pelbagai tohmahan yang dilempar terhadapnya malah gosip-gosip liar itu akhirnya bertukar menjadi penawar ajaib.

Rumah tangga Jolie bukan sekadar didakwa retak malah dia dikatakan gila meroyan setelah melahirkan sepasang anak kembar baru-baru ini.

Namun, gosip liar dan tohmahan itu membuatnya tampil dengan imej yang lebih matang.

Bercakap mengenai spekulasi itu ketika mempromosikan filem terbarunya, The Changeling di New York, Jolie berkata, hidupnya memang tertekan memandangkan ia berlaku ketika dia menjalani penggambaran filem tersebut.

“Saya seperti hendak gila, emosi saya tertekan ketika penggambaran filem ini,” katanya.

Tekanan dialami itu semata-mata berpunca daripada watak ibu yang trauma selepas terpaksa mencari jalan sendiri untuk menyelamatkan anaknya yang menjadi mangsa culik.

Ujar Jolie, watak yang diadaptasi daripada sebuah kisah benar itu menggugat emosinya kerana dia memahami perasaan seorang ibu yang kehilangan anak.

Aktres yang sinonim dengan watak-watak seksi tetapi lasak seperti ditampilkan dalam filem Tomb Raider itu memiliki enam orang anak bersama kekasihnya, aktor Brad Pitt.

Tiga daripada mereka ialah zuriat sendiri iaitu Shiloh Novel dan pasangan kembar Knox Léon dan Vivienne Marcheline yang berusia empat bulan.

“Saya tidak boleh berenggang terlalu lama dengan anak-anak apatah lagi kehilangan mereka. Anak-anal adalah sebahagian daripada diri ini dan saya juga demikian,” jelas aktres berkenaan.

Dalam wawancara tersebut, aura penggoda yang sering dikaitkan dengan Jolie sebelum ini langsung padam dan dia muncul bersahaja tetapi masih menawan sebagai seorang isteri dan juga ibu.

Sebanyak sembilan tatu yang melingkari tubuh Jolie masih ada tetapi ia tersembunyi di sebalik baju lengan panjang yang dipakai aktres berbibir merekah itu.

“Bagaimana saya mendapat semula susuk tubuh langsing? Pertama sekali saya menyusukan anak-anak dan itu tidak termasuk terpaksa berkejaran ke sana dan ke mari kerana menjaga enam orang anak,” jelasnya.

Gambar-gambar dia menyusukan anak kembarnya turut dijual kepada sebuah majalah hiburan Amerika Syarikat (AS) manakala sebuah penerbitan lain membeli hak untuk menyiarkan gambar bayi kembar Jolie dengan harga AS$14 juta (RM50.8 juta).

Menjadi seorang ibu, kata Jolie, memberikan lebih keyakinan diri kepadanya dan buat pertama kali dia tidak terlalu taksub dengan kejelitaan.

“Saya tahu anda sukar mempercayainya, tetapi saya benar-benar berasa gembira dengan wajah serta penampilan saya hanya ketika saya menjadi seorang ibu.

“Kecantikan yang sering diketengahkan ialah apabila seseorang mendandan rambut anda dan memakaikan solekan sebelum anda beraksi untuk sesi fotografi muka hadapan majalah. Adakah itu kecantikan yang sebenar?” soalnya.

“Kini apabila saya melihat diri saya di cermin, saya melihat seseorang yang aman, saya melihat diri saya seorang ibu dan kecantikan seperti itu tidak akan luntur,” tambahnya.

Jelas Jolie lagi, kehidupan lampau ketika usia remaja dan awal 20-an merupakan tahun-tahun yang sukar kerana dia tidak gembira dengan dirinya di samping terbabit dengan gaya hidup tidak sihat.

Apa yang mengubah hidup ini, akui aktres tersebut ialah ketika dia bertemu dengan Pitt pada 2005 yang ketika itu masih menjadi suami kepada aktres Jennifer Aniston.


BRAD PITT dan Angelina Jolie tiba untuk mempromosi filem The Changeling di London pada 17 November lalu.

Pertemuan tidak diminta itu berlaku ketika Pitt dan Jolie digandingkan sebagai pasangan perisik suami isteri menerusi filem komedi aksi Mr and Mrs Smith.

“Saya mencintai Pitt dan hidup saya tidak lengkap tanpanya, tetapi jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak saya, saya takut untuk memikirkannya jauh sekali berdepan dengan situasi sebegitu,” jelas Jolie.

Filem The Changeling yang berlatar belakang bandar raya New York pada era 1920-an diarah oleh pelakon veteran Clint Eastwood dan akan ditayangkan di AS Jumaat depan. - Agensi

Kosmo

Clint Eastwood Hangs Up His Acting Hat


LOS ANGELES : Hollywood legend Clint Eastwood is retiring from acting after a career that has spanned over 50 years. But fans will still be able to enjoy his work as he has no plans to stop directing.

Eastwood’s last film “Gran Torino” in which he stars and directs, has already been tipped as worthy of an Oscar. It is set to hit Singapore next year.

“That will probably do it for me as far as acting is concerned,” said the 78-year-old.

“You always want to quit while you are ahead,” he said. “You don’t want to be like a fighter who stays too long in the ring until you’re not performing at your best.”

However a friend of Eastwood said he would never rule out an acting comeback for the veteran star.

“If something comes along that attracts his attention or demands his involvement and he is still able to consider acting in a picture then who knows? Gran Torino was such a movie,” the friend said.

Eastwood worked as a petrol pump attendant, a bar-room piano player and a lumberjack before becoming an actor in the 1950s. His 1959 western TV series “Rawhide” turned him into a household name and is best known for his role in the 1971 classic “Dirty Harry” in which he played hard-edged police inspector Harry Callahan.

Eastwood extended his career to directing and has even earned himself two Academy Awards for this work in “Unforgiven” and “Million Dollar Baby”.

In the year ahead, he will direct “The Human Factor”, a movie about the 1955 Rugby World Cup hosted by South Africa, with actor Morgan Freeman starring as Nelson Mandela.

- CNA/km

Channel News Asia

Angelina Kembali Langsing

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

GAUN hitam mendedahkan bahu rekaan Ateliar Versace yang digayakan aktres Angelina Jolie, 33, ketika tayangan perdana filem terbaru lakonannnya, Changeling awal bulan lalu, benar-benar mengagumkan kerana penampilannya tidak seperti wanita baru melahirkan anak.

Hakikatnya, Angelina melahirkan kembar lelaki dan perempuan, Knox L
on dan Vivienne Marcheline secara pembedahan pada 12 Julai lalu. Ternyata dalam waktu singkat, Angelina mampu memiliki bentuk badan asal.

Lebih membanggakan, Angelina tidak menunjukkan tanda-tanda keletihan kerana menjaga bayi kembar dan pada waktu sama empat lagi anaknya yang lain, Maddox, 7, Pax, 4, Zahara, 3, dan Shiloh, 2.

Angelina mengakui agak gementar kembali menjadi tumpuan di permaidani merah selepas sekian lama berehat. Namun, katanya, dia cuba tarik nafas sedalam-dalamnya untuk mengambil semangat sebelum memulakan langkah bersama pasangannya, aktor Brad Pitt.

“Saya gembira kerana dilahirkan dengan genetik kecil jadi tiada masalah berat badan selepas melahirkan. Lagi pun saya menyusu badan dan ia satu tindak balas semula jadi badan.

“Saya juga rasa sihat walaupun kurang tidur kerana melayan dua bayi sekali gus. Memang saya sibuk ditambah pula dengan kehadiran empat anak yang lainnya. Tambahan pula saya menyusu badan, memang sibuk,” katanya.

Walaupun begitu katanya, dia dan Pitt masih punya masa bersama. Apa yang penting katanya, dia dan Pitt memang suka kehadiran anak.

“Walaupun kami kunci bilik, anak tetap mengetuk pintu. Kami juga selalu cuba mandi berdua pada waktu malam atau ambil peluang duduk berbual, tapi mereka pantang dengar air, mahu mandi sekali.

“Semua itu tidak sedikit pun menimbulkan masalah malah kami gembira. Apabila anda sudah melepasi cabaran hebat memiliki tiga atau empat anak, ia sudah tiada masalah lagi apabila mempunyai enam anak. Sememangnya suasana bising dan keadaan bersepah, tapi semuanya OK.

“Saya juga bertuah kerana Brad banyak membantu. Dia bapa yang sangat prihatin. Contohnya hari ini, kami masih letih dan mengantuk kerana bangun jam 4.30 pagi. Tapi Brad membawa anak kerana dia tahu saya perlu bekerja.

“Saya juga sangat bahagia kerana setiap hari apabila bangun tidur, hidup saya dikelilingi orang yang saya sayangi.

“Kehadiran Brad juga sangat membahagiakan kerana kami sama-sama berkongsi kehidupan glamor dan cuba sesuaikan kehidupan kami agar segalanya berjalan dengan baik.

“Saya mungkin melalui hari yang sangat mengecewakan tetapi apabila pulang ke rumah, anak-anak menyayangi saya. Saya rasa seperti manusia yang sangat penting dalam dunia,” katanya.

Selepas tayangan perdana filem arahan Clint Eastwood itu, Angelina turut hadir pada majlis makan malam bersama barisan pelakon filem itu di sebuah restoran di New York. Kali ini Brad tidak bersama kerana menjaga anak.

Angelina yang juga dikenali dengan tatu di badan, menambahkan dua tatu baru di lengan kirinya yang memaparkan kelahiran anaknya. Tatu lain, tanda kematian dalam bahasa Jepun, simbol American Indian, naga dan ros hitam.

Bercerita mengenai kembarnya, kata Angelina, mereka kini makin membesar dan ada personaliti masing-masing.

“Vivienne lebih mirip saya dan lebih manja serta lasak manakala Knox lebih tenang serta pendiam dan wajahnya pula mirip Brad. Saya juga melayan mereka sama rata dan mempunyai jadual makan dan lainnya sama.

“Abang dan kakaknya juga gembira dengan kehadiran adik kecil mereka. Saya rasa mereka kini makin matang kerana tahu ada adik di rumah.

“Malah mereka juga cuba membantu walaupun hakikatnya mereka juga masih kecil. Banyak juga yang mereka boleh tolong,” katanya.

Sejak kelahiran Knox dan Vivienna di Nice, Perancis, mereka sekeluarga tinggal di rumah mewah Chateau Miraval di sana.. Walaupun ada laporan mengatakan Angelina kembali kepada bentuk badan asal kerana melakukan pembedahan tidak lama selepas melahirkan, tetapi tiada sebarang kenyataan balas daripada aktres itu.

Apa yang jelas, sebaik saja mendapat kebenaran daripada doktor, Angelina dikatakan menjalani senaman bersama jurulatih khas yang diterbangkan dari Los Angeles.

Majalah Life & Style melaporkan, Angelina menjalani latihan dua kali sehari sekurang-kurangnya selama 45 minit. Akui bintang lasak Lara Croft itu, dia mempunyai jadual latihan yang padat.

Mengenai perancangan menambahkan anak, kata Angelina, ia berdasarkan keadaan tetapi buat masa ini mahu berehat seketika.

Malah, keseronokan bersama anak menyebabkan dia mahu bersara daripada lakonan. Akuinya, dia pernah berbincang dengan Brad apakah dia harus kembali berlakon atau tidak.

“Brad kata, lakonan sebahagian daripada hidup saya dan pasti segalanya tetap baik apabila saya kembali bekerja. Apa yang perlu saya lakukan kini ialah untuk seimbangkan antara kerja dan keluarga,” katanya.

Lakonannya dalam Changeling dikatakan hebat hingga disebut-sebut layak dicalonkan untuk Oscar. Sebelum ini Angelina melakar sejarah apabila lakonanya dalam Girl, Interrupted menang tiga anugerah di Golden Globe, Screen Actor Guild (SAG) dan juga Oscar pada 1999.

Terbaru, Angelina baru saja menandatangani kontrak berlakon filem arahan Phillip Noyce, Salt, menggantikan aktor Tom Cruise.

Jika asalnya watak utamanya dikenali sebagai Edwin A Salt, kini apabila Angelina masuk, ditukar kepada Edwina A Salt. Filem ini dijangka memulakan penggambaran pada Februari tahun depan.

>Profil

Nama sebenar: Angelina Jolie Voight

Tarikh lahir: 4 Jun 1975

Tempat lahir: Los Angeles, California, Amerika

Bapa: Jon Voight

Ibu: Marcheline Bertrand

Adik beradik: Anak sulung daripada dua beradik (James Haven)

Tinggi: 173 sentimeter

Trade-mark: Suara husky dan bibir lebar

Kahwin: Jonny Lee Miller (28 Mac 1996 - 3 Februari 1999), Billy Bob Thornton (5 Mei 2000 - 27 Mei 2003)

Pendidikan: New York University (Filem)

Pencapaian: Aktres Pembantu Terbaik (Girl, Interrupted) di Anugerah Academy, Golden Globe, SAG

Filem: Beowulf (2007), A Mighty Heart (2007), The Good Shepherd (2006), Mr. & Mrs. Smith (2005), Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life (2003), Lara Croft: Tomb Raider (2001), Girl, Interrupted (1999), The Bone Collector (1999)

Harian Metro